Saturday, April 11, 2015

Kadang-kadang

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.


Kadang-kadang bila hati kita sedih kerana sesuatu,
Takkan ada seorang pun manusia yang mampu untuk memahami kita.
Melainkan Dia -Allah. 

Kadang-kadang kita mempersoalkan perancangan Allah kepada kita,
Sedangkan Dia lebih mengetahui.
Allah -Maha Mengetahui.

Kadang-kadang kita susah nak bersyukur dengan segala nikmat yang Allah beri,
Kerana kita sering memandang golongan atasan.
Kita lupa ada golongan bawahan.

Kadang-kadang sesuatu perkara itu tidak perlu diungkapkan,
Tetapi perlu ditunjukkan melalui perbuatan.
Contohnya -Cinta.

Kadang-kadang kita tersalah sangka dengan seseorang.
Sebab itulah perlunya sentiasa bersangka baik.
Husnuzzon.

Kadang-kadang disebabkan sepotong ayat,
Kita telah melukakan hati seseorang.
Walaupun ayat itu tidak ditujukan kepada sesiapa pada hakikatnya.

Kadang-kadang orang yang kau pernah sangka dia jahat selamanya,
Menjadi baik mengalahkan diri kita pada masa akan datang.

Kadang-kadang perasaan sedih itu datang secara tiba-tiba.
Bermakna, Dia -Allah sedang merindui kita.
Ya, Dia merindui kita.

*post ini di-postkan ketika hati saya sedang sedih*

Wallahi, post ini tidak bertujuan untuk memerli sesiapa. Harap maklum.

#sedihhhnyaaa T.T 

Wednesday, April 8, 2015

Note

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

"Kadang-kadang kegembiraan kita merupakan kesedihan untuk orang lain." -Me.

Ayat ini tercipta *acewahh* kerana aku berada dalam situasi tersebut.

Dan kerana itulah,



Imam Hussain A.S berpesan:

"Never show off your happiness in front of a sad person.."



Kadang-kadang kita tak tahu pun yang kawan kita sedang bersedih di saat kita bercerita. 


Sebab tulah jangan excited sangat.

Tak semua orang mempunyai kehidupan seperti kita.

Ada yang miskin. 
Ada yang kaya-pemurah. 
Ada yang kaya-sombong. 
Ada yang sentiasa bersederhana walaupun harta menimbun. 

Kadang-kadang ke-excited-an kita tu juga membawa kepada riak. 
Ya. 

Jadi, berpada-padalah ketika bercerita.
Kita sendiri boleh fikir patut ke tak aku cerita. Patut ke tak.

Kalau rasa benda tu personal, tak perlu lah. Sekadar mak ayah adik beradik je tahu.

Dan kadang-kadang juga kita tahu kehidupan kawan kita tu macam mana,
Tapi nak juga kita cerita.

Mungkin ayat kita create tu rasanya macam tak mengguris perasaan dia.
Tapi, dalam diam mana tahu. Ada ke dia nak jujur dengan kita?

"Weh, aku terasa dengan kau."

Tak weh. Ada takde dia cerita pun kat mak ayah dia juga.

Tak salah nak kongsi kegembiraan kita. Tetapi, berpada-pada.

Contohnya,

Kawan kita dapat 5A dalam SPM.
Tetapi rezeki kita Allah berikan Straight A's. 

Then, kita apply scholarship. Tapi, kawan kita tak dapat lah nak apply. Tak cukup syarat.

One day, when kau semak keputusan, rezeki kau, you manage to get the scholarship after being interviewed apa semua. Then, kau excited sangat, kau cerita happy gila kat kawan kau yang hanya dapat 5A dalam SPM tu.

Sedih weh. Walaupun, dia kata,

"Tahniah weh." and bla bla bla.

That's why,
Sebelum nak bercerita atau BERKONGSI KEGEMBIRAAN atau BERKONGSI KE-EXCITED-AN,
tengok situasi. Dengan siapa kau bercerita. 

Post ni pun SEBAGAI PERINGATAN KEPADA DIRI SAYA.

Monday, March 23, 2015

Jangan jadi pemalas.

Assalamualaikum.

Serabut sangat hidup dengan manusia yang pemalas.
Penyakit M ni memang takde ubatnya.

Kau kena cari ubat dia sendiri.

Dan aku sangat tak suka berkawan dengan manusia pemalas.
Dan aku sangat tak suka bila aku dilanda penyakit ni.

Serious!
Sebab lepas aku sakit M ni, aku lepastu dihurung perasaan yang sangat bersalah.
Kalau malas kat rumah, kesian dengan ibu. Asyik dia je buat kerja tu.
Then, aku rajin. Tu cara aku cari ubat Malas.

Kalau malas kat sekolah, aku fikir masa depan aku.
Aku bukan orang senang, yang senang-senang je minta duit daripada mak ayah aku.
Fikir 2 3 kali kott nak minta ke tak. So, I need a scholarship to pursue my study kan?

Cara nak dapat biasiswa of course lah dengan END UP YOUR EXAMINATION WITH FLYING COLOURS. *yeke BI aku ni hahahaha*

So, aku selalu fikir.

1. SCHOLARSHIP
2. PINJAMAN BOLEH UBAH eg: MARA
3. PTPTN

Aku dah tekad, aku tak nak ambil PTPTN. Aku tak nak berhutang. 
Beban ohh hidup dengan hutang.
At least, pinjaman boleh ubah tu OK LAGI because kau bayar berapa percent je and kau boleh convert biasiswa dengan senangnya and TANPA RIBA' OR INTEREST OR BUNGA OR UPAH.

Better late than never right?

Kalau fikir malas belajar, fikirlah exam nanti kau nak jawab apa.
Fikirlah siapa yang akan kau kecewakan.

Kalau kau rasa kau malas nak buat research or some typical searching, then kau sendiri yang rugi.
Esp kalau macam aku ni, SPM LEAVER. 
Well, cuti 3 bulan kott.

Jangan ah kau asyik fikir, 

I nak enjoy!
I nak tengok korean drama puas puas!
I nak tidur sepanjang masa!
I nak tu I nak ni.

Well, tu yang aku rasa time aku form 5. Rasa tak sabar gila nak habis sekolah.
And eventually, I end up my 2 months holiday by wasting my time and I'm totally aggravated until now! Yess this is true!

Kecewa menyesal sebab kenapalah aku tak cari pengetahuan am pasal apa yang aku minat ke pasal interview ke pasal how to improve my english language ke. So many things! cryinggggg

Plus, aku jamin gila-gila yang kau akan bosan gila cuti lama sangat hahahaha.
Sebab kat rumah kau takde kawan, biasanya kat sekolah kau berkawan.
Feeling lost.

So, selepas sahaja mendapat keputusan SPM ni, aku jadi kelam kabut then barulah nak tahu itu nak tahu ini. 

And one more thing,
When you are applying for the scholarship(s) or UPU or apa2 jelah yang berkaitan kan,
IF YOU ARE FILLING THE APPLICATION FORM,

PLEASE PLEASE PLEASE

BACALAH MANUAL PENGGUNA.
OR PANDUAN PERMOHONAN DAN YANG SEUMPAMA DENGANNYA.

FAHAM TAK?

Aku penat dengan orang yang asyik asyik tanya benda yang sama orang lain dah ulang.

Eg:

UPU boleh kemaskini berapa kali eh? 3 kali eh? 

Betul ke UPU ni unlimited? Kat mana kau tengok?

Kod sekolah apa eh?

Nak apply MARA ni macam mana eh?

MARA ni syarat dia apa? Ke boleh mohon je..?

And banyak lagi that kind of uneducated questions. 
Kau boleh search kott. Lainlah kalau kau tak search then kau tak jumpa.

The most annoying question is "Kod sekolah apa eh?"

Nampak sangat kau tak sayang sekolah hahahaha.
You should know your own kod sekolah ok.
YOU SHOULD KNOW.

Sebelum isi apa-apa borang, BACALAH PANDUAN PERMOHONAN.
BACALAH MANUAL PENGGUNA.

Untuk kau juga, bukan untuk aku pun.
Kan?

Yang rugi pun kau juga, aku tak terkesan apa-apa.

SO, enough!

That's why aku letak tajuk kat atas tu, JANGAN JADI PEMALAS!

JADI RAJIN OK. 

Ok, I'm done for now. Stay rajin peeps!

Thursday, March 12, 2015

Keinginan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.
Assalamualaikum semua.

Teringat kembali zaman hingusan kanak-kanak aku dahulu.
Pelbagai cerita selalu 'dedikasi'kan dalam blog ni.
*cerita yang tak berpengajaran*
Konon nak guna bahasa Inggeris habis punah English aku hahaha.
Well, mana taknya kalau guna Google Translate hahahaha.

Aku dari dulu lagi English aku tak hebat.
Well, I have no one to speak with.

Zaman sekolah rendah tu pandai buat ayat untuk UPSR je.
Nampak tak matlamat aku belajar English dulu adalah kerana PEPERIKSAAN.

Aiyaahhh!

Blog ini dulu, ditubuhkan *hahaha* pada tahun 2010.
Aku tak pasti kenapa aku buat blog ini.
Rasanya macam sebab ada sorang kawan aku ni, Najeebah binti Azizan.
Dia buat blog dulu. Lepastu, aku ikut dia hahahaha.

Rasanyalah.

Sejak dua menjak ni, aku selalu berangan.
Aku nak cerita balik kisah aku kat dalam blog ni.

Tapi,
Kisah yang bermanfaat lah *of course*

Buat apa nak bagi tahu kisah hidup saya yang takde pengajaran hahaha.

I will do, in shaa Allah.

Doakan Sarah menjadi seorang Pakar Sakit Puan eh!
Doakan saya diterima masuk sebagai pelajar Asasi Perubatan.
Amiin!

Terima kasih atas doa anda.
Bila dah jadi doktor, 
Hahaha sebenarnya dah macam-macam benda fikir dalam kepala otak ni nak buat apa.

Terlalu ter-inspired by Dr. Halina lah.
Yes, I'm a big fan of her.

Ok bai. Tu je nak bagitahu. lol
*forgive my grammar errors*

Wasalam.

Wednesday, March 11, 2015

Teringin sangat nak update blog

Assalamualaikum uolls.
Hi all!

Merujuk tajuk di atas, yes teringin sangat nak update blog.
Habis yang aku update ni apa hahaha.

Busy gila lepas dapat keputusan SPM ni.
Busy yaa ampuuunnn.

Busy nak isi scholarship.
Busy nak isi banyakkk gilaaa application form.
Busy isi UPU.
Busy isi macam-macam.

Everyday kena update.

And dah lama gila tak update blog.
Nak sangat.
Tapi bila I free, I update ok?

Welcome to my REAL life.
My new life!

*tiba-tiba tak sabar*

Aku ada cita-cita menggunakan blog aku ni.
Cita-cita yang agak besar.
Dan tidak mustahil untuk direalisasikan.

Doakan saya!
Sekian~

Saturday, January 31, 2015

iMiss

Assalamualaikum w.b.t

Hi all!

I miss my friends.
I miss my school *not the rules*
I miss my teachers. My beloved teachers.
I miss all the stuffs in my school except the rules.

Feeling lonely without friends.
I hate being at home.

Kbai. Just want to tell you about my feelings. *sigh*

Can't wait for 3rd of March 2015.
And so I hope Allah will ease my result. T.T