Sunday, January 1, 2017

Happy 2017!


Happy 20, kanak-kanak 1997!

Fortunately, aku baru je masuk 19 tahun haritu huahuahua.
So, raya tahun ni bila orang tanya, umur berapa? Aku confuse nak jawab apa.



19?

20?


Apa azam korang? Well, tak semestinya setiap kali tahun baru kena ada azam pun.
But I think I wanna achieve for something especially in my studies andddddd ehem ehem.

About him, I swear I don't have the special ability to get his attention towards me. I'm not even that kind of lembut-sopan santun-pendiam person. Why I said so? Sebab itulah ciri-ciri yang dia nak LoL.


Do I need to change myself?


I don't think so.


Why? I want to be myself. I want to be me. Because for me, everyone has their own speciality, kan kan? I am myself. Setiap perempuan tu ada lembutnya tapi bukan setiap masa. Setiap perempuan tu masih ada sopan santunnya.


I leave it all to Allah. Because He is the ONLY ONE who knows the best for me. Maybe I won't live long in this world? Maybe He has someone else who is better than him? Maybe he's not the one?

Nevertheless, I will keep trying, no matter what and tawakal.


So, 2017? Saya harap perasaan saya terluah.

Friday, December 30, 2016

Adab menjadi perempuan melayu terakhir


WARNING: PLEASE READ THIS POST IN A VERY SOFT AND POLITE TONE (kerana saya ini sopan orangnya).


I've been staying in the hostel since I was form one until now. Yes, it's a long period. Tapi zaman universiti ni bukanlah asrama sangat. We don't have a curfew, like all things are on your own responsibility and risk. You need to take care of yourself! Peraturan pun just a simple, general and very basic but still there are numbers of students who violate the rules including myself (of course, well not so proud tapi keadaan memaksa saya).


Well, that's life hehe.


So, I think, one of the biggest challenges living with other people is to adapt with their attitudes. I mean, we all are coming from variety of background. I think the common and cliche part is kebersihan.


This is also kind of a piece of advice to me as well. Setiap orang mesti ada flaws masing-masing termasuklah diri yang menaip ini.


I would like to suggest, why not bila kita nampak rumah tu bersepah like dah seminggu tak bersapu, kita just take the broom (as known as PENYAPU) and sweep the floor WITH kesungguhan. Yelah, kalau takde kesungguhan pun, sekali sapu, pastu biarkan je sampah-sampah yang terbang-terbang tadi, berterbangan. Tak kutip balik.

Biasalah, bila menyapu ni, ada satu makhluk yang selalu dengki dengan kita iaitu angin. So, kutiplah balik sampah itu dengan kesungguhan.

Besar pahala :')))


Bila rumah semua perempuan, faham-faham jelah pasal rambut tu blergh. Someone please invent sejenis floor yang boleh absorb rambut tu ke bawah dan terus kumpulkan ke satu tempat supaya senang untuk dikutip pleaseeeeee


And then, if you see the dining table (as known as MEJA MAKAN) dalam keadaan bersepah, apa kata kita kemas je tanpa kata. Biasalah, manusia ni semakin lama semakin malas. Plastik dan getah makanan semalam yang dah jadi tahi pun masih berada di atas meja. Yelahhh, aku tahu semorang dah besar nanti dah jadi kaya nak upah bibik kemas rumah kan :'))))


Lepastu, apa kata lepas kita makan, then ada tumpah tumpah kat meja (tak kisah lah meja mana-mana pun hatta meja study kita), sila LAP. Tak susah kan? It's a very very simple thing in this world.


Next, sampah! SAMPAH! Hahahahaha to be honest, aku pun fail bab ni because I really don't like to throw away the rubbish. HAHAHAHAHAH butttt sampah lah yang kena buang hari-hari. IT'S A MUST! Kalau nak buang sampah dalam tong tu, jangan lah buang makanan berkuah dalam tu hekhek. Lepastu, sila lah patuh jadual buang sampah. Ya Sarah, sila patuh juga ya. Jangan tanya aku kenapa tak suka buang sampah. Aku buang juga walaupun terpaksa.


Maybe last but not least, lepas guna MANGKUK, PINGGAN, CAWAN, SUDU, GARPU, PISAU DAN SEBAGAINYA, sila BASUH. Tiada bibik di rumah kita. Harap maklum hahahahaha.


So, let's us summarize:


  1. Sapu rumah, jangan harapkan ada KULI dalam rumah tu nak buat.
  2. Kemas meja makan.
  3. Lap meja bila lepas makan.
  4. Buang sampah.
  5. Basuh pinggan mangkuk sendiri.


Kebersihan rumah tidak akan tercapai jika hanya seorang sahaja yang bersungguh-sungguh untuk mencapai ke tahap itu. Kerjasama amat penting. Memang kita masih muda dan mengganggap perkara ni macam perkara remeh tapi kalau tak didik dari sekarang?


Taknaklah dengar, "perempuan zaman dulu, pandai buat kerja. Ringan tulang. Tapi perempuan zaman sekarang? Buat kerja rumah pun tak reti."


It's not all about tak reti but it's about malas.


I think, it's not wrong for us to develop all of these skills starting from now?

Like my mom always said, "tak rugi pun jadi orang rajin dan pembersih."


So, kalau rasa macam kita malas nak buat atau tak ikhlas, apa kata kita fikir macam ni,


"Let's challenge myself and didik diri sendiri!"



It's for us not others.


I just wanna say,

We will be a queen in our own house (if Allah wills it) with our beloved one. So, we will rule our own kingdom as well as our palace. Don't you want a beautiful, comfort and lovely palace of your own? Think it wisely.



Macam bagus kan?

Kau tak tahu ke yang aku memang bagus, LoL.

Aku tak reti nak cakap face to face.

Okay, no offense meh.

This is a general post.

Tuesday, December 27, 2016

What's wrong with me?


So, as you guys know, this week is our study week.
But, I don't know what the hell is wrong with me today?
Why I said so? Because I was embarrassing myself in TWO Whatsapp groups. Nahh, it seems not to many pun kan but still until now, I get embarrassed when I'm thinking of it.
So, this is one of my BIGGEST problems.

When I realized, I had done something embarrassing, I won't stop thinking about it.
I will keep thinking about apa-orang-kata thing. Like orang mesti kata pasal aku. Auch!


Well, people make mistakes everyday. Kan?
But I don't know what's wrong with me.


One of the scenes for today was when I was so excited to tell my friends about this Thursday. This Thursday we are going to have a revision session in a dissection hall and histology lab for our anatomy subject. So, I was so excited (like really?) to tell them that "let's divide the group into two according to the list name like during the practical in dissection hall. Since we have 4 groups, just follow that list name only." while actually, my ketua batch has told about it in our batch Whatsapp group. Like what? What the hell is wrong with you, Sarah? I didn't read about it before I told them about my idea. My bad!

I get embarrassed until now. Believe me?



The second one was when I was so excited (too) to tell my friends about "Hey dude, I've found you in my friend's photo on Instagram." So, what I did was, I've sent the photo to the Whatsapp group. But then aku rasa pelik gila because seems like there's no reaction from others. I was like, "Hey, I've found him in kawan lain yang bukan dari sekolah kita punya gambar kotttt." Lol. I know, it is not important enough pun to tell them but maybe just maybe stress sikit kot harini tah kenapa.


At last, the guy who was in that photo pun respon. Tapi still aku pelik, kenapa dia tak excited. You know what? When I was scrolling through my Instagram, he have uploaded that photo 4 HOURS AGO. Tapi aku baru nampak. And I was like, whatttttttt... What the hell is wrong with you, Sarah? Embarrassment everywhere.


Mungkinkah pengajaran daripada dua incident di atas adalah SILA BACA DAN SELIDIK SEBELUM POST. Lol. I'm not viralling any kind of issues pun hahahaha.


Well, I still get embarrassed until now!

Let's study Physiology!
Opppsssss....

Saturday, December 24, 2016

Study week be like


So, I decided to spend my weekend at home with my family (well, instead of waiting what kind of surprise or treat they want to give since last Wednesday was my birthday hehe).


But before went home yesterday, I was given a task by my friend to finish first 10 of anatomy lecture notes. Well, but you know me? I'm a kind of a lazy girl to do that immediately so as usual, procrastinating is the best thing ever to be done *astaghfirullah*.


After finishing the scapular region just now, I decided to stalk someone's blog or I actually want to know their love story. Since when they know each other and so on. Hahahahahah wasting time but I love to read blog. So, guess what?


Stalking and scrolling and stalking and reading, finally, I've found the title of my favorite song (which I've been looking for years). Wuhuuuu, please give me a big applause, lol.



 



Okay, got to go. I want to continue my stalking session.

Sunday, December 18, 2016

Comfort zone


Lepas baca blog seseorang membuatkan aku tersedar yang selama ni aku dah lama sangat berada dalam comfort zone. Ya, sangat amat lama.

Even dah masuk medical school, I'm still stick to my old and bad habits (I don't know when to change them?)

To be honest, aku seorang yang sangat suka spend too much time for myself atau as known as membuang masa. Tabiat membuang masa aku ni dah teruk sangat sebab aku dah terbiasa since sekolah. Kadang-kadang aku bersyukur bila aku disibukkan dengan pelbagai aktiviti ke sebab bila aku sibuk aku takde masa rehat and somehow aku rasa masa aku terisi juga dengan perkara-perkara yang berfaedah. Even though busy gila sampai tahap menyampah sebab takde masa but in the end aku akan berpuas hati juga.



"study lah untuk isi masa kosong."



Heh. Aku pun bukan budak study since sekolah T.T I'm not gifted, of course. Aku belajar macam biasalah bila nak dekat exam atau ada test or quizzes camtu je, untuk study tiba-tiba secara semulajadi tu kebiasaannya tak.


Ya, aku tahu aku teruk T.T


That's why lah aku cakap, I SHOULD LEAVE MY COMFORT ZONE! I've been in my comfort zone for almost 19 years kottt, ulang rutin yang sama setiap hari (membuang masa dan membuang masa) sedangkan masa tu nanti Allah akan tanya kat akhirat, apa yang kita buat kat dunia dulu? Macam mana kita uruskan masa? Kita laburkan masa tu ke arah kebaikan atau keburukan? T.T


Aku rasa kalau aku diberi test untuk tahu skala pengurusan masa aku, aku rasa I will go for FAIL kot. Bila fikir tentang pengurusan masa ni menyebabkan aku taknak grow up and you know that cliche thingy- kahwin. Sebab time aku single pun masa aku tak terurus, dengan family sendiri dengan kawan, very little portion kot untuk aku but still I can't. Well, it's my problem though.


Aku seorang manusia yang sukakan cabaran juga (kinda) tapi lepastu cepat defeat. Give up and burn out! That's literally me. Kadanga-kadang aku pelik kenapa aku ni jenis yang lemah sangat semangat padahal baru kena jentik sikit je ataupun ibarat baru kena gigit dengan nyamuk sekali je, garu sampai merungut-rungut macam dah end of this world, aigoo!


Maybe just maybe I need someone who will always motivate me and always remind me of my dreams ke hape kot but I don't think that way will work because for me, it's start from ourselves. Not from others. Others is just helping us but the main factor is DIRI SENDIRI, isn't it?


Sometimes kan bila dah ada semangat, dah berkobar-kobar lah ni tapi lepastu semangat tu kekal cuma sehari selepas dilanda ujian yang kecil sekecil bacteria (WTH!). Ya Allah *cry a river*


I should take a very first step to leave out my comfort zone.


Aku teringat kisah arwah Ahmad Ammar yang meninggal pada tahun 2013 if i'm not mistaken, time tu sumpah aku inspired gila dengan kisah sewaktu beliau hidup. Why?


Because he decided to leave his comfort zone, you know as a teen, we love to spend most of our time with friends like watching movies, laughing here and there, procrastinating, shopping (for girls like me), malas study dan sebagainya. Arwah meninggal di usia 20 ke 21 tahun kalau tak silap.


Usia yang sangat muda tapi pengakhiran hidup arwah Ammar sangat indah :)))
Dikebumikan di Turkey, satu tanah perkuburan dengan sahabat Nabi (if i'm not mistaken lagi).
Time tu pun berkobar-kobar weh nak study kat Turkey konon nak belajar kitab sambil belajar medic bagai. Sumpah! Aku semangat ah juga nak jadi hamba Allah yang hebat sampaikan aku baca tau buku tentang arwah Ammar ni. Aku ambil masa yang sangat singkat untuk habiskan buku tu sebab terlalu semangat hehe.


Tapi semangat tu dah hilang terbang dibawa angin. Betullah kata-kata tentang kita kena cari kawan yang betul untuk hidup. Aku bukanlah menyalahkan kawan-kawan aku tapi sebenarnya salah tu atas diri aku sendiri sebab aku yang terlalu terpengaruh dengan mereka.


Kalau sistem security tu kuat, takde orang pun boleh hack or crack sistem tu. Samalah macam diri kita, kalau ilmu kita tak kukuh dan tak kebal untuk halang diri kita daripada terus melakukan perkara-perkara lagho, maka outcomenya pun begitulah....


Allah, aku perlu kuat semula!

I think my old me is back.

Sarah, semangat!

Monday, October 31, 2016

Pengalaman: Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor


P/s: Pengalaman yang saya share ni tak semestinya akan sama seperti temuduga yang korang akan lalui juga tau. It might be soooooo different from years to years. But maybe some of it will help you, who knows? Just jangan rely 100% on this sharing okay ;)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!

Hi all!


Harini masuk minggu kedua Sarah bercuti. Dua minggu je cuti, lepas je cuti terus exam mid-term T.T

Study medic ni, walaupun mid-term exam je pun, belajar macam nak final tahu tak. Dapat pula time cuti ni kat rumah, lagi banyak distractions. Kejap kang, nak tengok laptop (tengok movie), kejap kang turun bawah nak makan, kejap kang lepak dengan ibu macam-macam lagi lah.


Oh ya, minggu lepas, hari Jumaat, alhamdulillah Sarah telah dipanggil untuk menerima pinjaman pelajaran negeri Selangor. Kenapa Selangor? Heyyy, saya anak jati (tak berapa jati) Selangor hokayy.





Lahir di Selangor, mak ayah asal dari Selangor, memang kerabat duduk di Selangor cuma kami je terbabas duduk di Nilai, Negeri Sembilan (sempadan Selangor juga :p).
Nak cari suami pun, nak dekat-dekat je tak nak jauh-jauh. Susah! *tetibe*


Time tengah cuti haritu, selepas dapat result masuk degree, Sarah saje lah cari mana-mana biasiswa ke pinjaman yang masih dibuka untuk permohonan. Teringat Kerajaan Negeri Selangor ni haa hehehe. Kebetulan, alhamdulillah permohonan baru je dibuka. Apa lagi, terus mohon.


Nak tunggu JPA, lama lagi dan Sarah memang sebenarnya tak target untuk dapatkan JPA, since JPA sekarang pun pinjaman boleh ubah tapi syarat lebih kurang je dengan Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor ni. Jumlah pinjaman untuk JPA, sorry Sarah tak tahu.


Untuk Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor ni, kena buat dan hantar permohonan secara online dan hanya boleh dihantar sebaik sahaja anda mendaftar sebagai pelajar universiti. Macam Sarah haritu, daftar masuk universiti 29 September tau, tarikh tutup permohonan pula 30 September. Tak haru biru kau nak hantar? So, kuncinya ialah kau scan dulu segala dokumen yang dia nak, isi awal-awal maklumat yang dia nak semua then dah siap. Tarikh kau daftar je, buka portal Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) and then klik HANTAR PERMOHONAN. Settle.


So, habis je daftar, Sarah terus buka portal. Nanti akan dapat satu form lah. Tunggu dalam 2-3minggu gitu, nanti dia umumkan keputusan secara online. Tapi sebelum tu, dia akan hantar mesej lah untuk inform kita. In shaa Allah, tak terlepas :)


Alhamdulillah, tunggu punya tunggu, dipanggil untuk temuduga. Minta lagi dokumen-dokumen penting, kelam kabut kehidupan bermula sekali lagi. Penatlah, nak fotostat itu ini, scan itu ini, isi form itu ini, minta sign semua lah, seriously, penat! Tapi orang kata, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian kan? So, bukan senang untuk senang!


Interview buat dekat main campus, USIM Nilai tapi Sarah punya fakulti terletak nun jauh kek Kolo Lumpur haa. Mula-mula bodoh kejap lah pergi call minta tukar tempat (Lol) padahal interview tu hari Isnin, boleh je nak minta pelepasan sebab dia dah bagi surat pelepasan siap-siap (haish). Interview hari Isnin, baliklah hari Jumaat tu kan? Duduk kek rumah sampai hari Isnin, apolah den tak terpikir pasal benda tu (haish). Terpaksalah buat surat rasmi pulek (sebab fakulti ni cerewet sikit bab-bab attendance) dan SKIP KELAS HARI ISNIN TU (T.T)

SEDIH IOLLS KENA SKIP KELAS tapi takpe, untuk dapatkan sesuatu perlu korbankan sesuatu kan?


Maka, pergila Sarah Nabila ke temuduga pada hari tersebut tanpa teman sob sob. Selalunya, ada juga lah kawan yang kita kenal kan. Sampai je sana, huish, boleh tahan ramai. Sebenarnya, Sarah dah terlambat sedikit waktu tu ye, sebab lupa daratan bila berjumpa dengan kawan-kawan lama sebelum datang tu huhuhuhuhu. Nasib baik belum start apa-apapun.


Sampai je, terus cari nama, panel ke berapa. Ohh ya, interview ni best tau sebab dah lah guna bahasa Melayu lepastu one to one punya interview bukan by group. Tapi akan datang, tak tahulah kot dia berubah kan? Yelah, zaman berubah, dunia dah maju *tetibe*.


Tunggu punya tunggu, Sarah dapat panel 5. Satu panel ada dalam berpuluh juga lah nama tau. Alhamdulillah, walaupun giliran Sarah yang belakang-belakang sebab lambat daftar tadi kan, tapi panel 5 ni cepat hehe. Tup tup dah sampai giliran.


Meh Sarah bagi tips serba sedikit sebelum masuk interview:


  • Pakaian mesti kemas (taknak tudung selebet, tudung tak kena dengan baju semua tu)
  • Muka mesti confident (bukan berlagak hokay!)
  • Bawa dokumen yang diperlukan dengan cukup!
  • Buat preparation awal, baca pasal Selangor.

Yelah, kita nak buat pinjaman dengan negeri Selangor, mestilah kena tahu pasal Selangor.

1. Nama Menteri Besar
2. Nama Sultan dan Permaisuri Selangor
3. Ketua Jabatan Pendidikan Selangor (atau apa-apa yang berkaitan dengan Kementerian Pendidikan)
4. Mungkin dia boleh tanya siapa Naib Canselor tempat kau belajar
5. Hal-hal berkaitan dengan kerajaan Selangor contoh macam, Selangor kan ada macam-macam program semua, so baca lah. Buka portal Selangor!
6. Daerah-daerah kat Selangor
7. Majlis-majlis bandaraya/perbandaran/daerah kat Selangor
8. Negeri-negeri kat Selangor
9. Bersedia fizikal dan mental apabila anda diberi soalan yang agak sarkastik
10. BACA JELAH SEMUA PASAL SELANGOR (HAISH)



 Baca je. Macam Sarah, awal-awal Sara dapat soalan yang agak mencabar juga sebab dia berkait dengan diri kita. Orang kata apa, kena psycho? Haa gitulah.

Contoh soalan dia yang Sarah ingat lagi sampai sekarang :')))):


"Awak kan duduk Negeri Sembilan, kenapa tak minta yayasan NS? Kenapa minta Selangor? Sebab nanti kami bagi pinjaman, kami tengok alamat. Alamat awak kat Nilai, Negeri Sembilan."


FUHH FUHH. Kau jangan tanya Sarah jawab macam mana soalan ni tapi yang penting aku jawab dari hati dengan hati-hati hahahahaha. Dia tanya lagi,


 "Kenapa tak minta PTPTN?"



Mana boleh cakap, "suka hati sayalah, saya tak nak minta PTPTN." *mata ke atas, tangan di bahu*

Jawab soalan tu, dengan jawapan yang bukan trap diri sendiri. Berhati-hatilah ketika menjawab.

Aku dapat juga soalan ni,


"Kalau tak dapat pinjaman ni, nak minta apa lepas ni?"


Sarah sebenarnya teringat pasal JPA tapi kau jangan try jawab sebab jawapan tu boleh trap diri kau sendiri huhu. Sarah tak mention langsung pasal apa-apa bantuan biasiswa/pinjaman lain time interview sebab fokus untuk PINJAMAN PELAJARAN NEGERI SELANGOR sahaja supaya tunjuklah yang kita memang sangat-sangat berminat.


Bila akhir-akhir tu, baru dia tanya soalan yang ada fakta sikit. Macam siapa nama menteri besar? Majlis daerah kat Selangor? Nama permaisuri, time ni, Sultan Selangor baru kahwin tau sebenarnya. Kebetulan pula, aku ingat nama je tak ingat gelaran. Nasib baik panel aku baik hati, suruh aku mention nama dia je tapi seeloknya ingat dengan gelaran lah :')) aku boleh lupa nak baca nama penuh permaisuri huhuhuhu.


Last, dia tanya, aku ada apa-apa soalan tak? Sebab Sarah fikir, tadi Sarah dah kena tembak berdas-das dengan soalan dia, so, Sarah kena tanya soalan yang menunjukkan bahawa Sarah betul betul betul berminat dengan Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor ni. Maka, bertanyalah seorang Sarah tentang, macam mana nak convert pinjaman ni kepada biasiswa :")


Kalau sijil/ diploma/ ijazah sarjana muda kelas pertama (SELAIN IJAZAH PERUBATAN/ PERGIGIAN DAN VETERINAR), semestinya akan ada pointer yang perlu anda capai untuk tukarkan kepada biasiswa atau minta kepada pengurangan bayaran balik.

Tapi, untuk Ijazah Perubatan/ Pergigian/ Veterinar, anda perlu LULUS dan TAK REPEAT, then terus convert biasiswa tapi dengan syarat, kena kerja dengan kerajaan (KKM) selama 10 tahun :")))

Bagi Sarah, sangat okay tau. Sebab percayalah, bila ambil medic ni, orang dah tak heran sangat dengan pointer, kebanyakan student aim untuk lulus tapi sebenarnya kita kena aim lagi tinggi lah kan?


So, habis je interview, Sarah rasa puas hati (alhamdulillah) sebab Sarah berjaya tanyakan soalan yang sangat bernas (rasanya, sangat bernas hehe) kepada penemuduga tu hehe. Mungkin, ada markah lebih ke? Sebabbbb antara tips untuk NAIL THE INTERVIEW (bak kata omputih), bila sampai je sesi Q&A, tanya soalan yang boleh tarik perhatian dia sampai dia rasa macam wow! Tanya soalan yang menunjukkan bahawa kau betul-betul nak biasiswa/ pinjaman tu. So, tu jelah kot pasal interview. Then, dia kata the result will be released in another 2 weeks. So, menunggulah aku..............



___________________________________________________________________________________


Hari Jumaat pagi (tak ingat berapa haribulan), aku dapat mesej dari SUK untuk check result kat portal. Huish, excited kemain.

Check check, alhamdulillah dapat. Bersinar-sinar mata aku time tu hehe. Terus call ibu dan ayah, inform dorang hehe. SUK bagi tempoh selama dua minggu tau untuk settlekan semua benda tu, tapi yelah sebab seminggu pertama, aku tak balik. Jadual penuh dengan kuliah. Nasib baik minggu kedua tu, aku cuti. Memang satu minggu tu, dari hari Isnin sampai Jumaat, tak cukup tidur weh. 5 hari tu asyik keluar pagi je. 3 hari daripada 5 hari tu, asyik balik malam je. Minta sign penjamin lah saksi lah, matikan setem dan banyak lagilah. Tipulah weh kalau tak penat.

Perkara ni jadi agak rumit bila SUK suruh kita buka akaun bank dulu (BANK MUAMALAT SAHAJA), baru boleh nak download borang-borang yang kena isi tu. Sebab Bank Muamalat ni tak semua tempat ada, ada kat bandar-bandar besar je.


Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Ingat ni.
Bukan senang untuk senang!
Bukan senang untuk dapatkan duit yang hampirrr percuma ni
(kena study dapatkan pointer bagus baru boleh jadi percuma, kan?)



Sampai je hari Jumaat, bertolak pukul 6.40 pagi gitu sebab takut jam kan, dah lah dari Nilai nak pergi Shah Alam huhuhu. Pagi-pagi tu pun dah jam tapi sebab keluar awal kan, alhamdulillah sampai lebih awal daripada yang dijangka.


Everything went well kecuali satu perkara. Aku terlepas pandang pasal yang pelajar dan penjamin-penjamin wajib TURUNKAN TANDATANGAN di setiap muka surat perjanjian! Nasib baik ayah aku perasan sebelum aku pergi serahkan borang tu semua. Padahal sebelum tu, aku dah mengeluh dah, "kalau lah masuk awal tadi, mesti dah boleh balik awal."

Rupa-rupanya, ada benda lagi tak settle. Sesungguhnya, tak semestinya benda yang kita suka itu adalah baik untuk kita :")) alhamdulillah, Allah permudahkan urusan pada hari itu.


Habis je serah borang, fuhhh lega gila wehhhh. Lega sangat-sangat, alhamdulillah.

So, sekarang tinggal tunggu duit masuk je hehe.

That's all about Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor.


If you guys have any inquiries, drop me an email at seraasaharudin@gmail.com.

Thanks for reading, peeps!

XOXO