Saturday, February 25, 2023

Brain journey: Part 1

Hmmm where to start eh? Kisah ini adalah sebuah perjalanan yang panjang dan masih belum selesai. Namun, aku merasakan ada beberapa hal yang perlu untuk aku kongsikan. Mungkin sebagai pengajaran? Mungkin khusus untuk rakan-rakan yang bakal bekerja sebagai doktor atau para staf kesihatan yang lain? Mungkin juga buat untuk mereka yang berada di luar bidang kesihatan untuk memahami point of view daripada seorang doktor? Entah, aku pun tak pasti.

Antara objektif yang penting:
1. Aku bukan minta bantuan atau rasa kesian untuk aku, tak.
2. Aku cuma nak tujuan penceritaan aku ni sampai. Aku tak pasti bagaimana aku akan bahagikan jalan penceritaan kisah yang panjang ini. Pandai-pandailah korang follow ek.
3. Aku banyak nak berkongsi perkara-perkara yang aku belajar daripada kisah ni walaupun belum tamat.

Semuanya bermula pada 15 Januari 2021. Dua tahun yang lepas. Mengikut Instagram story archive aku, waktu tu aku kat Temerloh tengah buat posting Psikiatri (bagus ada medium Insta story ni sebab boleh track segala tarikh setiap event yang berlaku). Aku menerima satu mesej yang pelik dari ibu aku. Sebab macam susah aku nak explain, nah baca screenshot conversation dua tahun lepas ni.




Jujurnya, aku sangat pelik dengan pertanyaan ibu aku time ni. Kemudian, apa yang lebih pelik lagi adalah, sejak bila pulak ibu aku ni keluar rumah pergi jalan-jalan area taman perumahan ni? Knowing my mom so well, dengan dia dah start sakit lutut time tu, ehhh tetibe elok pulak nak jalan keliling Kota Seriemas ni kan? Tapi aku time ni, tak overthinking melayan kepelikan-kepelikan yang berlaku lah. Lalu, the conversation ended there, just like that.

Fast forward to 28 Januari 2021, lebih kurang dua minggu selepas tarikh tadi, time tu kan zaman PKP yang kena pindah-randah lari PKPD lah apa lah, err... if you guys.. still remember? Maka, pulanglah kami semua ke kolej kediaman di Nilai, sambung posting Psikiatri secara online. On that date, aku decide untuk balik rumah lah, alang-alang dah dekat. Macam biasa, ayah aku yang jemput ambil aku balik. Lepastu, cam biasa borak-borak dalam kereta.

Aku perasan ayah aku cakap macam pelat time tu. Macam orang ada ulser bercakap, kan sakit kan, so cakap pelat pelat gitu. Aku terus,


"Ayah ada ulser ke kat dalam mulut?"

"Takde."

"Kenapa ayah cakap macam lain?"

"Takdelah, memang macamni."

"Yeke? Sejak bila perasan?"

"Baru je, sebulan."


Terussss aku teringat pertanyaa pelik ibu aku tempoh hari.

"OHHHH AYAH KE ORANG YANG IBU MAKSUDKAN????!!!!"

Time tu, serious talk, aku moody nak mampos sebab rasa macam kena betray. Sampainya hati ibu taknak bagi tahu yang orang yang "konon-konon" dia jumpa tu adalah ayah aku sendiri? Walaupun dalam hati aku, aku tahu, jawapan yang dia akan bagi, "ibu taknak susahkan hati kakak kat Temerloh tu". Aku rasa marah sangat-sangat. Sampai je rumah, aku salam cam biasa tapi I was cold. Diam. Sebab marah, tapi aku tahu yang ibu tahu. Lalu, aku terus masuk ke bilik. Perasaan masih bercampur-baur.

Tinggg... Lalu, mesej ini yang aku terima...



Kannn.. dah cakap, ibu tahu yang akhirnya aku tahu bahawa ibu tipu haritu. Sobs. Aku mendiamkan diri dan menangis. Lama untuk proses info ni. Selepas mengambil masa beberapa ketika menenangkan diri menghadam segala perkara yang berlaku, akhirnya aku turun ke bawah dan bertanyakan tentang pelat ayah kepada ibu.


"Dah berapa lama ibu perasan?"

"Sebenarnya, ibu perasan sejak raya 2020. Ibu perasan bila pagi pagi ayah mengaji, sebutan dia tak betul. Ibu pelik, sebab ayah kan ikut kelas mengaji. Selamani okay je. Tapi makin lama ibu dengar, makin banyak betul salahnya. Ibu tegur ayah, abang perasan tak sebutan abang banyak dah tak betul? Ayah kata tak perasan. So sebenarnya bukan 2 bulan macam ibu cakap haritu. Dah lama dah tapi baru-baru ni ibu rasa makin banyak salah sebutannya."


"Hmm... lama dah rupanya. This is not normal." -aku cakap dalam hati jelah.

Terus otak aku fikir, kena buat CT scan ni, to be specific, CT brain. Bahasa layman, scan otak. Sebab chief complaint adalah worsening slurred speech. Unlikely to be stroke sebab kalau stroke, first time jadi memang teruk betul then baru getting better. But this one, semakin teruk. Stroke one of my differential diagnosis juga lah time tu walaupun my instinct kata bukan. To be honest, ada lah terfikir tentang brain tumour/ ketumbuhan otak tapi aku tak highlight kan sangat sebab taknak make my parents to be overthink at that time. I mean, aku takut instinct aku salah. Tapi, with the chief complaint of worsening slurred speech, korang rasa apa lagi yang possible? Selain brain tumour? Kan? Tapi aku diam. Tak pernah sebut tentang brain tumour sebab aku sendiri pun takut kalau betul.

Maka, bermulalah beberapa episod pertelingkahan mulut antara anak sebagai medical student bersama kedua-dua ibu bapanya. I told my parents untuk pergi klinik. My instinct said, that was not normal at all. Tapi, macam biasa lah. Orang kita, selagi rasa macam okay, boleh jalan, boleh drive, tak demam, delay delay lah jumpa doktor. Sampailah dalam beberapa bulan, kebetulan pula appointment darah tinggi ayah, baru dia tanya doktor tentang pelat mulutnya. Tapi kau tahu apa jawapan doktor tu?

"Ohh, mungkin sebab pakcik dah cabut gigi geraham belakang kot, sebabtu cakap macam pelat sikit."

Seriously doktor... Sebenarnya that doktor tu, tak explore pun the chief complaint tu. Blerghh.

Then, of course lah ayah aku dah tak pergi lagi jumpa any doctors sebab pada dia, cukuplah sorang doktor tu kata okay je, takde apa tu. This is dangerous ya, kawan-kawan ku. You know kan doctors are among the profession yang orang beri kepercayaan yang sangat tinggi? Please explore first before giving fake hopes to our patients, please. My opinion nanti last last akhir cerita ni lah.

Bila aku dengar ayah aku cerita jawapan doktor tu, aku masih tak puas hati. Aku memang tak sedap hati. Then, aku biarkan dulu buat beberapa ketika. Hal pelat ayah ni, aku diamkan dulu tanpa bercakap tentangnya.

Tapi aku tetap tak berputus asa, sikit-sikit juga aku pesan kat ibu untuk pesan kat ayah, suruh jumpa doktor lagi. Kalau boleh, suruh minta untuk buat CT scan sebab pelat ayah macam lebih bertambah teruk. Tapi disebabkan waktu tu, ayah masih bekerja dan company susah bagi cuti. Jadi, aku faham kekangan-kekangan ayah untuk dapatkan appointment untuk jumpa doktor tu.

Sampailah 1 Mac 2021...



Hati aku sedikit lega. Okay, sekurang-kurangnya ibu ayah dengar lah juga cakap anak eh yang setahun jagung ni despite banyak pertelingkahan mulut huhu.

Tapi..... Seperti yang aku sangka.... Mestilah tak pergi huhuhu... Atas alasan, takde masa.

Okay takpe. Aku biarkan je dulu. Walaupun banyak kali aku kata, "takpe pergi awal. dapatkan tarikh je dulu sebab nak tunggu turn tu lama. tak lama pun kalau nak pergi dapatkan tarikh."

Tapi, ketentuan Allah, hati ayah tak terbuka langsung untuk dapatkan tarikh buat CT scan kat Hospital Putrajaya tu. Kenapa kat sana? Sebab ayah masih bekerja kat Putrajaya lagi time tu dan lebih dekat untuk ke sana. Sebabtu doktor refer kat sana walaupun rumah aku di Nilai dan sepatutnya pergi ke Hospital Seremban.

"Okay takpe, Sarah. Buat je apa yang patut." -monolog sendiri.

Tapi Sarah being Sarah... dia akan keep repeating selagi dia tak nampak apa-apa progress.
P/s: pardon me, aku masih sangat budak time ni. Aku masih belajar untuk mematangkan diri in communication.

Ended up, aku lebih banyak kecewa at that time. Housemates aku tahu lah setiap pergaduhan yang berlaku di rumah dan segala keluhanku. Perasaan kecewa mengatasi segala-galanya. Namun rupanya, kecewa pada tahun 2021 tidaklah sebesar kecewa pada 2022. So, nothing happened in 2021. Ayah aku pun takde buat appointment untuk buat CT scan. Pelat ayah bertambah teruk dan kadang-kadang mula tak faham. Ibu ayah meneruskan ikhtiar mereka dengan rawatan alternatif.

Sampailah ayah aku diberhentikan kerja pada Disember 2021 secara tiba-tiba walhal belum tamat kontrak atas alasan kerana ayah aku salah buat kerja??? Tapi semuanya sebab kontraktor dah mula tak faham dengan setiap pertuturan ayah. Majikan dia pun irritated dan annoyed mungkin. Ni hal lain pula kalau nak elaborate. Hal kerja ayah ni pun, panjang kisahnya. Tapi to cut short, majikan ayah berlaku zalim kerana langsung tidak mencarum ke dalam PERKESO dan tidak menerima layanan peguam ayah untuk minta pampasan kerana ditamatkan kerja sebelum kontrak. Depa memang tak layan langsung. Syarikat melayu. So, ini tambahan kepada kawan-kawan, rajin-rajinkan diri check status caruman kat PERKESO tu, betui ka majikan awak ada carum untuk awak. Kot kot kat payslip ada tapi rupanya penipu. Sebab itulah yang berlaku kat ayah. Kat payslip kata ada potongan, tapi rupanya takdak bila nak claim PERKESO. Jahat? SANGAT!

Aku? Aku give up. Sebab ada satu hari, ada sampai pergaduhan yang aku rasa agak besar untuk aku sebab rasa macam dah jadi anak derhaka dah huhu.

Fast forward to 2022. Slurred speech ayah bertambah ketara. Rawatan alternatif diperluaskan (haha) sehingga banyak betul duit dihabiskan. Geram membara dalam hati ini hanya Allah sahaja yang tahu kerana masalah semua akan selesai sekiranya pergi dapatkan tarikh untuk CT scan. Tu je, susah sangat ke? CT scan hospital kerajaan, bukan kena bayar kalau dapat referral letter.

Berbuih mulut aku nasihat, "takpe, pergi jumpa doktor dulu. dengar doktor cakap apa, takut ada benda yang lebih serious daripada gangguan." Biasalah, ornag melayu ni asal pelik sikit je kata ada gangguan makluk halus, asal pelik sikit je kata ada orang dengki hantar 'barang'.

Wallahi, aku percaya dengan kewujudan makhluk-makhluk lain seperti jin dan syaitan. It is stated in the Quran kan, kenapa pulak aku tak percaya. Tapi aku percaya juga dengan pendinding diri iaitu ayat Quran itu juga lebih kuat daripada gangguan-gangguan ni. Sape nak dengki dengan ayah sedangkan ayah ni bukan orang ternama apatah lagi yang terkaya. Impossible.

For me, if something can be ruled out medically, explainable medically, terang, jelas lagi bersuluh terpampang depan mata by investigations (scan ke blood ke), then that's it. Tapi kalau dah segala mak nenek siasatan (investigations) dilakukan, 10 kali scan tak nampak apa-apa ke, cucuk sejuta kali tapi semua normal sampai doktor pun give up, then boleh lah opt for alternative treatment. Atau sesambil teruskan rawatan dengan doktor, you nak go for alternative pun, we don't mind.

BUT FIRST THING FIRST, go seek for a medical advice first! Before everything is too late... Seriously, before everything is too late or akan menyesal. Like in this case, perhaps? But I believe ada hikmahnya lah kan. Sabar, cerita belum habis. Kan dah kata panjang kisah ni.

So, macam tulah ibu ayah aku. Being a strong believer of alternative treatment sampai I had to remind them, kita kena percaya Allah adalah Maha Menyembuhkan. Mendapatkan rawatan dengan berjumpa orang yang konon-konon boleh baca masa depan ni, seperti mensyirikkan Allah. Walapun tiada kehadiran beras, kain kuning ke asap kemayan ke apa-apa, ini adalah syirik moden. Korang tak rasa ke?

Berjumpa doktor juga adalah rawatan Islam. Islam menganjurkan untuk umatnya berjumpa dengan orang yang ahlinya. Seperti kalau kita sakit, kita jumpa doktor yang ahlinya. Nak bina rumah, kita panggil orang yang ahli dalam membina rumah. Paip bocor, kita panggil plumber yang ahlinya tentang paip. Ada ke kau paip bocor kat rumah, kau panggil tukang jahit? Tak kan. Begitulah Islam, indah kan. Panduan telahpun Allah berikan. Tapi yang pelik-pelik juga kita nak buat.

Bukan darul syifa' tau. Literally macam pergi to someone then cam biasa lah tanya tanya ni kenapa ni. Ohh, ni kena kat tempat kerja. Ada orang hantar bla bla. Tapi saya taknak cakap orang tu sape. THAT IS SYIRIK ya kawan-kawan. Kita kena taat pada ibu ayah tapi selagi tak bertentang dengan syariat. So, at that time I saw it went beyond than the truth. Benda-benda ni lah yang banyak menjadi pertelingkahan antara aku dan parents. Sampailah.....

"Kakak takkan faham. Biar ibu ayah uruskan. Kakak takkan faham. Tak salah pun nak cari rawatan kat tempat lain."

Then, that's it. I totally gave up. Berkecai beb hati bila ibu cakap camtu. Seolah-olah aku tak pernah faham situasi yang berlaku. Aku rasa aku seolah-oleh dituduh sebagai ignorant sedangkan aku sentiasa memikirkan tentang hal itu tanpa henti. So, I zipped my mouth for the entire 2022. No more gaduh gaduh pasal alternative treatment. I let my parents do what they want at that time. Tapi, of course lah penuh kedukaan weh. Fortunately, I have my friendsss yang banyak bagi sokongan dan menjadi pendengar yang baik in 2022 tu. Tahun 2022 tu aku memang take a step back, takut jadi derhaka lagi dah lah nak exam besar hujung tahun. Kang tak lulus kang, tak pasal pasal.

But, do you think I stopped there? OF COURSE, NOT lah kawan-kawan. I never gave up. Tapi time tu aku buat cara lain. So, aku buat cara diam-diam. Aku bercakap dengan Maha Pencipta. Doa kan boleh mengubah takdir. What I did, I prayed. So hard. Bulan puasa dalam bulan April kan, aku telah mengambil peluang memanfaatkan 30 minit sebelum berbuka untuk berdoa, minta semua yang aku nak. Panjang list doa Ramadhan 2022 aku and one of it adalah untuk Allah bukakan hati ayah untuk buat CT brain.

Yup, to that extend. Yelah, sebab Allah juga yang memegang hati setiap hamba-Nya. Aku boleh pula terlupa yang aku ni hamba je. Allah Maha Pencipta. Sungguh-sungguh aku doa, untuk Allah bukakan pintu hati ayah untuk buat CT brain. I asked Him, "buat CT scan je ya Allah tu je. Rasa dah buat CT scan tu is enough dah."


Berhenti jap lah sampai part ni. Panjang dah ni, dan akan panjang lagi. See you in part 2.

Saturday, December 31, 2022

One day before 2023

Everyone is excited of celebrating the new year 2023. Everyone is hoping that 2023 will give them happiness and more good news.

Some of them are waiting for their special days to happen. Getting a new job, getting engaged, getting married, delivering a new baby etc.

While me, I'm just hoping I will make it till the end of 2023, living my life genuinely happy. That's it.

I'm hoping to enter 2023 with happiness too but, I'm not in the best state of myself for the past days. I thought I have healed from it but seems like, nope, I don't. Yet.

I'm not excited about 2023. Because I don't think my life will change. Yeah, maybe I'll start working this year. But you know, everyone knows housemanship period is like a hell. Which I'm really hoping it won't to me.

I've had a rough and tough year in 2022. I'm just hoping I will be happy again in 2023. I'm so jealous where some of my friends will embark into their new phase of life which is exciting. While me, I'm just dumb, young and broke.

Scored all A's in all of my biggest exams in my life from primary school. Even got MBBS with distinction too. But I still fail multiple times in a relationship. I guess, being in a relationship isn't for me. I might be cursed kot. Maybe kena mandi bunga.

Even dah buat the do's and the don'ts, reading from books, still... I fail it multiple times. Dah lah, lepasni dah tak payah beriya sangat. Because the disappointment is bigger than I expect.

Aku seorang peluka berkali-kali pun, masih lagi gagal dalam membangunkan diri sendiri. Ini bukan kali pertama aku terluka dalam kehidupan. Tetapi aku masih tersekat di takuk yang aku tidak pernah suka.

Kesakitan yang dirasakan, sama teruk dengan kesakitan secara fizikal. Jangan pernah memandang rendah kepada orang yang bersedih kerana terluka hatinya. Kalian yang tidak pernah merasa tentangnya, takkan faham tentangnya. Takkan pernah faham.

Kalian yang tidak pernah merasa luka, kecewa, ditinggalkan, takkan pernah memahami perasaan seorang peluka. Kau mungkin akan mengatakan, apa yang susah sangat? Move on sahaja lah.

Andai kau tahu, setiap hari aku berperang dengan diri sendiri, acapkali aku bilang pada diri sendiri, move on, Sarah. Bangun. Bukan aku tidak memberikan semangat kepada diri sendiri. Kerapkali juga aku gagal. Disebabkan gagal, aku berhenti berehat.

Sakit, sakit yang tidak orang nampak secara mata kasar. Apa yang orang nampak, aku tidak berbuat apa-apa. Apa yang orang nampak, aku sejenis orang yang mudah berputus asa.

Ahh lepasni, gaduh saja lah. Timbulkan segala salah faham. Kerana buat benda yang betul sahaja, masih gagal di penghujungnya. Medan percintaan ini penuh dengan onak dan duri. Aku cemburu melihat medan cinta mereka yang penuh dengan kemudahan, kebahagiaan dan kesenangan. Kenapa aku tidak? Apakah aku bernasib malang?

Kini, segala perkara yang berkaitan dengan perhubungan, pasangan, perkahwinan, anak dan semua yang berkaitan, hanya memberikan aku luka. Walau kenduri kahwin juga tidak aku ingin datang memenuhi jemputan. Nasi minyak juga tidak memberikan kenikmatan.

Di setiap kegembiraan kita, ada juga mereka yang terluka. Aku tidak boleh menghalang mereka daripada berkongsi kegembiraan mereka. Aku sendiri yang perlu buat untuk diri aku sendiri. Maka, aku memilih untuk menekan butang "mute". Lebih tenang hidupku.

Mungkin suatu hari nanti, aku juga akan buang segala media sosialku. Berhenti mengambil tahu. Fokus hanya pada kehidupanku.

Apa yang mereka lakukan sehingga mereka begitu bertuah dalam medan cinta ya?

Kini, aku lebih mengerti apabila mereka bilang, hanya tidur tempat aku melupakan segala kesakitan. Ketika ini, aku lebih memilih untuk bersendirian dan tidur. Tidur dengan harapan yang aku tidak lagi akan bangkit dan meneruskan kehidupan. Malah, aku berasa sedih kerana terjaga dari tidurku.

Sedangkan ungkapan orang yang normal setelah terjaga dari tidur mereka adalah ucapan Alhamdulillah. Tapi, kenapa aku tidak?

Telah dijelaskan kepada kita bahawa tujuan kehidupan adalah untuk beribadah kepada Allah. Namun, kenapa Kau memberikan aku rasa kesakitan ini sehingga aku rasa hilang harapan dan putus semangat untuk beribadah lagi kepada-Mu, wahai Tuhanku. Sungguh, aku sedih sekali.

Selamat tinggal 2022 yang penuh luka. Terima kasih kerana pernah memberikan bahagia walau seketika.

I'm not expecting anything in 2023. Please pray for me, to be happy like before, in 2023.

Wednesday, December 21, 2022

Another year wiser

Since today is the most boring day in my life...
And it feels like nothing than an ordinary day...

I would like to express my gratitude to myself for my achievements in 2022.

Dear Sarah,
Congratulations, you've done it well despite all the hassles and the hardships you've went through. I am so proud of you for the strong will and for never give up until you got what you want.

Remember this day, Sarah. Allah never abandoned you alone, He always listen to your prayers in any condition, even you ask for a small thing. I would like to remind you that, keep asking from Him. Trust the process, Sarah.

You might be falling apart again, torn into pieces again in the future but just so you know, I guarantee you that it will get better soon. Keep your patience high and just go through it. You'll smile from ear to ear at the end of the process.

Thank you for your perseverance this year. Congratulations for your graduation. Finally, you have graduated on time with a scholarship (from a convertable loan). Not only that, you graduated with MBBS with Distinction. I am super proud of you for that. Not only that, you've ranked number 5 out of 80 students in your class. Subhanallah Subhanallah.

Despite the broken heart one month and a half prior to your final professional examination, you did it very well! Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah, super proud of youuuuu sayangku Dr. Siti Sarah Nabila Saharudin ❤️

Then, tahniah juga akhirnya berjaya pakai braces walaupun dalam kesakitan. Yup, beauty is pain.

See, this proves that Allah always and always listen to your prayers. Whenever He is about to give you what you want, He always take something that you love to. So, it's okay, Sarah. Whenever something is happening, trust that there must be some of your prayers He is about to accept in very soon.

Finally, almost all your dreams has come true this year. Bila tengok balik ke belakang, apa yang saya nak, hampir semua Allah dah perkenankan pada masa yang tepat. Subhanallah Alhamdulillah. Nikmat apa lagi yang kau nak dustakan, Sarah. Biasalah tu kan, kita doa 5, tapi Allah perkenankan 4 je dulu. Mungkin, doa itu Allah tangguh dulu pada masa yang tepat, di saat segalanya tepat. Semoga Allah tambahkan lagi rasa syukur dalam hatimu, Sarah.

Anyway, because we are approaching the end of 2022. Sejujurnya, setiap perkara yang signifikan berlaku dalam 2022 adalah sesuatu yang tidak pernah saya bayangkan dalam otak saya. Even to graduate on time pun, it still feels surreal to me. But alhamdulillah Allah made it happened, the best thing ever ❤️

Dirasakan 2022 penuh dengan kepahitan dan kesedihan sepanjang tahun. Walau ada terselit juga satu atau dua moment yang manis, namun, saya tetap bersyukur Allah gives me a happy ending in December. My favourite month forever. Hence, saya tidak mengimpikan apa-apa pada tahun 2023.

Cukuplah sekadar saya bahagia dengan cara saya. Semoga Sarah semakin kuat dan bahagia pada tahun 2023, all the best for your housemanship, Sarahhhh!!! In shaa Allah, you're going to nail your housemanship period too!!! Keep your passion high! Dan semoga saya dapat pergi ke Bali, Indonesia with my high school girlfriends, amiinnn!!!

2023 is the year yang I target nak buat apa yang I tak dapat buat sebelum ni. Semoga cukup masa dan duit untuk semuanya 😍

Don't think want to change my status yet, entah. Jangan tanya apa-apa pasal perkara tu nahhh. Mungkin 2023 akan ada beberapa perkara sedih in it, but that's okay Sarah. Stay strong, okieeeee.

At last, happiest 25th birthday to me!!! I love myself foreverrrrr ❤️ thank you to some yang masih ingat hari istimewa saya walaupun dah biasa sambut sorang-sorang sobs. Yelah, siapa je nak ingat. I still wish I would forget my own birthday one day huhuhu. Of course lah nak juga diingati tapi takpelah. I'm nobody.



MBBS with Distinction ✅


With the first class degree selempang ✅


With my braces on ✅


Next? Housemanship dulu, semoga semuanya smooth. Then, Master programme, in shaa Allah. Doakan. Kahwin? Entahlah nakkkkk... Maleh nak pikir. Bai.

Friday, October 21, 2022

Coretan rawak sebelum final pro

Baru sat tadi ada sorang member tanya,
"Kau pernah tak ada satu masa mental breakdown kejap time exam?"

"Do you mean, macam tiba-tiba kau menangis, rasa murung kejap then tak buat apa-apa satu hari tu ke?"

"Haah."

"Mestilah pernah."

"Kau dah sampai ke fasa tu this time?"

"Untuk minggu ni, belum lagi. EOP haritu dah lah."

I thought, I was alone having a mental breakdown sometimes T.T normal je rupanya to have that feeling. Baru kata kat dia, I'm okay, takde mental breakdown lagi.

Tapi tiber cam nak masuk dah je fasa tu. Fuhhh, remember this day, Sarah. Remember this day. It's not easy but it's bearable. You can do it, Sarah. Though the lecturers said,

"You pass with Allah's will. If He doesn't allow you to pass, you won't. If He allows you to pass, you will. Whatever it is, if you have to repeat or sit for supplementary exam, it's not bad. Tak teruk pun. It's okay."

Deeeeeeeeeeeep down in my heart, of course I want to pass with one shot only. Grad on time and all. But I am powerless, I can't control that thing. Sebab pernah ada pengalaman, I rasa I dapat je jawab, smoothly. But ended up, my grade wasn't that great. So, since that day, I learn to not be over-confident on anything. I learn to not have an easy feeling on something. Because I'm preparing myself for the worst.

Tapi I tak tahu benda tu baik ke tak untuk I. Ya Allah, please ease me. Ease me. Ease me. Ease us 😢🤧

I have waited for 7 years. Seven years, isn't a short period. 7 years jika dibandingkan dengan kehidupan rakan-rakan sebaya saya, kebanyakannya sudah pun bekerja, mempunyai simpanan. Some already bought some assets, liability pun tak kurang juga. Some dah tunang, kahwin, ada anak. Sometimes, the thought I rasa I'm left out pun ada. But I knowwww, I know, hidup kita bukan berpaksikan kepada pencapaian orang. I knowwww, hidup kita tak boleh dibandingkan dengan orang lain even our own siblings pun. Tipulah weh perasaan-perasaan tu tak datang singgah di hati di kala umur mencecah 25 tahun ni.

Tapi yelah, perjalanan pun masih jauh. We still can get married at 40. Being married bukan pencapaian terbesar juga pun. I still can buy a car at 30. Or even at 50 or whenever I can. Hidup ini bukan perlumbaan. Ya Allah, tambahkan rasa syukur dalam hatiku.

Being a jobless, moneyless person ni, nampak lah siapa yang ada dengan kita, siapa yang hilang. Gitulah hidup kan. Bila kau takde duit, takde sape nak kawan dengan kau. Sebab kau tak berduit huhuhu. Takpo lah.

Okay, exam Sarah, exam!!!! Remember this dayyy!!!!






Sunday, October 16, 2022

"Hilang"

Aku tahu bahawa hari ini, detik ini akan tiba jua. Seperti biasa, aku berfikir bahawa aku sudah cukup bersedia untuk menghadapi hari ini tapi sebesar mana pun persediaan kita, kita tetap takkan pernah bersedia dengan sebarang perpisahan.

The day you told us the news, of course, we were in a huge shock. It wasn't good news, wasn't pleasant. In fact, it's bad news for us. Tapi sesedih mana pun kami, kami tahu, dikau lagi sedih. At that time, I was confused about myself. Perlu ke aku tunjuk aku kuat dan okay to make sure you're okay when I knew, you're not? Atau perlu ke aku tunjuk je aku sedih dan menangis je? I was in between. The way you broke the news to us wasn't the way I hope to be but it's yours, your decision.

I lie if I never think about it at all. I keep thinking about it tapi kerana aku tahu, masa perpisahan tu nampak lama lagi (pada ketika itu). Tapi sebanyak mana pun aku berfikir tentangnya, dikau pasti lagi banyak berfikir tentang masa depanmu, dikau lagi berhak bersedih berbanding kami. Jadi, aku memilih untuk berbuat seperti tiada apa yang berlaku, kita teruskan kehidupan seperti biasa.

Little did I know that 2022 adalah tahun aku "hilang" orang-orang yang aku sayang. "Hilang" bermaksud, ya, mereka tidak hilang meninggalkan dunia pun alhamdulillah, itu adalah perkara yang patut paling aku bersyukur. "Hilang" bermaksud keadaan tidak akan sama seperti dulu. "Hilang" bermaksud berpisah. Some "hilang" yang bila akan bertemu semula pun aku tidak tahu, mungkin tidak bertemu kembali? Some "hilang" tapi kembali cuma tidak sesempurna dahulu. Some "hilang" tetapi yelah dah bukan senang untuk bertemu kembali. Keadaan dah tidak akan sama seperti dahulu, itu sahaja. There will be another "hilang" in one month...

2022 isn't a great year for me... but I know, semua perkara yang jadi ini, Allah bagi sebagai persediaan kekuatan fizikal dan mental untuk cabaran yang lebih besar in future. Maybe I will lose more (which I hope not) tapi semua itu di luar kawalan aku. Aku bukan Tuhan, aku cuma hamba. Maybe I will lose my patients dan aku susah nak move on? Which I hope not too...

Aku dah tak kuat lah untuk "hilang" apa-apa lagi. Cukup sudah...

I know, I'm in my comfort zone for so long... So long...

Tell me how to move on... Orang kata tak perlu move on, but you have to live with it. Yelah, aku sendiri bukan tidak pernah merasa kehilangan. Penyendiri yang berpengalaman sepatutnya lebih arif tentang bagaimana untuk hidup tanpa mereka yang kita sayang, bukan? Tapi aku tidak pasti tentang aku. Aku sentiasa mengharapkan that there will be no perpisahan anymore tapi aku sentiasa lupa bahawa aku bukan Tuhan dan semua yang berada di dunia ini bersifat sementara. Temporary.

Mungkin sebab aku dah duduk asrama sejak umur 13 tahun, telah meninggalkan rumah sejak 12 tahun yang lalu. To be honest, I need both in my life. My family and my friends. Kalau perlu untuk memilih, aku tetap akan memilih kedua-duanya. Ada perkara yang kita lebih selesa ceritakan kepada keluarga sahaja, ada perkara yang kita cuma selesa bercerita kepada kawan. Then, degree aku je 6 tahun, termasuk asasi 7 tahun. Beza 2-3 tahun dengan orang lain. I travel a lot with them and kawan lah orang yang paling banyak aku minta tolong serba serbi. So, macam mana aku tak perlukan mereka when they have helped me a lottttt. Honestly, I spend more time with my friends rather than family hahaha yelah semua sebab study lah.

I know other people have different priorities. Well, orang kan lain-lain.

I believe that time heals. Sudah tentu, aku tidak jumpa dengan orang baru yang bersifat sama 100% dengan apa yang aku pernah ada dan aku hanya perlu menerima kenyataan itu. Tapi kebiasaannya, aku tetap akan membandingkan dulu dengan yang kini. Semoga aku akan dikelilingi dengan manusia-manusia yang baik lagi akan datang. Mana lah nak cari kawan baru macam mereka, orang baru seperti mereka yang aku dah sayang.

Buatmu sahabat, keep flying. Fly as high as you can, we are rooting for you. Walaupun kami sendiri belum tahu nasib kami macam mana sobs. Ucapan-ucapan intimate telahpun aku tuliskan dalam kotak khas untukmu.

So..... marilah teruskan kehidupan walau tidak lagi sama seperti dahulu kerana itulah adulting.

Alaaa, tak ready lah nak exam pastu nak berpisah lagi... tapi yelah, mesti lah nak upgrade life kan?

Medical school is cruel because we have to suppress our emotions just to focus on something dulu (contohnya, presentation/ exam) then kena move on cecepat. I rasa paling banyak I kena deal dengan emotion suppression adalah tahun ni. Whenever something bad happened/ I dapat berita buruk, I mesti tengah in the middle of the presentation/ exam then kena focus dulu settlekan presentation/ exam, bila dah settle semua task, baru I boleh focus back on my emotions. Bersedih dan menangis. It's hard you know. Medical field ni jahat. Jahat sebab you cannot show your true emotions. You have to pretend that you're okay. You have to control it from affecting innocent people. Orang kata, kena be professional. We're human kottt!

Tapi nak buat macam mana, ini lah jalan yang aku pilih... Semoga hati tak mati walaupun kadang-kadang I wish I was a heartless person. Tapi nanti takde empati... tak elok...

Adulting is hard yah. Boleh tak nak stop jadi besar? Nak jadi kecik je.

See you when I see you!!! We love youuuuuu, Nadiah!!!! 💓








Thursday, October 6, 2022

Last night in our favourite spot





That night,

We were at this spot,

Talking and planning about our future,

Together.


You didn't want it to end,

30 minutes wasn't enough for us that night,

I imagined we would have that kind of conversation,

Thinking we would have plenty of time to discuss this together,

Forever.


My favourite spot,

While watching my favourite view,

With my favourite person.


Little did I know,

That night was our last night together.


Tonight,

Is my last night,

At our favourite spot,

Thinking about how I would live without you.

Or, to be specific,

Without love anymore.


It was drizzling here,

The sound of rain hitting the roof,

Is the exact sound of my heartbeat,

Empty and echoing,

Longing for you.


As I was watching the road,

Watching the cars passing by,

I was still hoping that you would come here again,

There would be your car that I saw,

And standing again at our favourite spot,

And talking about us again.


I don't want to leave this spot,

As I don't want to leave us,

My heart is screaming,

Screaming for you to come back again.

But I am powerless,

My screaming doesn't reach your heart, nor your instinct,

Maybe it's a sign I really have to let it go.

Though I was still hoping for you to return to me.


Take care,

I'll take my heart together home,

I'm sorry I didn't leave it here,

As I wanted it to be close to me,

Forever.