Thursday, January 12, 2017

Menjadi dewasa


Menjadi dewasa,
Mengajar aku untuk berdikari,
Menyedarkan aku tentang kepentingan diri.


Menjadi dewasa,
Mengajar aku untuk memulihkan hati sendiri,
Tanpa seorang pun di sisi,
Kecuali Ilahi.


Menjadi dewasa,
Mengajar aku untuk menyimpan perasaan sendiri,
Menyimpan rahsia peribadi,
Tidak semua perkara perlu dihebahkan,
Kelak hati akan disakiti dan dilukai,
Tiada siapa pun berhak tahu,
Tidak seorang pun.


Menjadi dewasa,
Mengajar aku untuk lebih berhati-hati,
Dalam meniliti sesuatu keputusan,
Kadang-kadang tanpa perlu perbincangan,
Mahupun campur tangan dari pihak yang tidak berkaitan.


Menjadi dewasa,
Kadang-kadang yang nampak baik di depan mata,
Tidaklah sebaik yang disangkakan,
Kadang-kadang yang difikirkan buruk,
Itulah yang terbaik untuk kita,
Mungkin selamanya.


Menjadi dewasa,
Mengajar aku untuk mudah memaafkan orang,
Kerana dendam,
Hanya terpadam,
Dengan sebuah kemaafan.

No comments:

Post a Comment