Friday, April 24, 2015

Today's issue

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hi all!

How are you today? Hehe


Today we had an issue. A big issue. Well, I'm not going to tell what kind of issue happened to me but what I'm going to share is about our HEART. 


Okay, in Malay 

HEART = JANTUNG
LIVER = HATI


But the heart that I'm mentioning is HATI. HATI, organ dalaman kita. Bukan jantung!


Kita perlu sentiasa ingat bahawa di sekeliling kita AKAN ADA seorang ataupun dua orang ataupun tiga orang ataupun empat orang yang mempunyai masalah hati dengan kita.





What do I mean by MASALAH HATI?

Okay, masalah hati yang aku nak maksudkan ni bukan dia jatuh bedebuk cinta dengan kita. Bukan jatuh suka ke jatuh minat bukan! 


MASALAH HATI yang dimaksudkan is IRI HATI, HASAD DENGKI, CEMBURU APA LAGI?


Ingat, tak semua orang senang dengan apa yang kita ada, apa yang kita buat, apa yang kita dapat. TAK! Yeah, I know ramai dah tahu pasal ni. And that's too common kan?


Biasanya orang yang ada masalah hati dengan kita ni, kita share benda yang baik pun dia nampak negatif. Kita tak cakap apa-apa pun dia kata kita denying apa yang dia kata. Kita tak pandang dia pun dia kata kita tak puas hati dengan kita. Semuanya serba tak kena!



Dan kadang-kadang ada orang yang bila bermasalahan hati dengan kita, dia masih menjadi diri dia seperti biasa. Tanpa berpura-pura lalu menunjukkan bahawa yang dia sedang tidak puas hati dengan kita!


Dan jangan lupa ada golongan kedua. Apabila mereka mempunyai masalah hati dengan kita, dia berpura-pura mesra dengan kita. Berpura-pura gembira melayan kita. Tetapi pada hakikatnya, hanya Allah yang mengetahui apa yang dilakukannya.


Maka, golongan kedua ini yang SANGAT berbahaya.
Ibarat musuh dalam selimut!


Aku cakap macam ni sebab aku sedang mengalami. 


Dan kerana itulah,


Islam taught us to always BERSANGKA BAIK SESAMA MANUSIA.


Sifat sentiasa bersangka buruk itu datangnya daripada Allah melalui syaitan. Syaitan membisikkan di telinga kita supaya kita nampak yang negatif je towards the person. Semua perkara yang ada di dunia ini datangnya daripada Allah. Semuanya ada dan berlaku dengan izin Allah. Why not untuk kita selalu berdoa supaya Allah menetapkan hati kita di jalan yang benar? Berdoa agar kita sentiasa bersangka baik sesama manusia. Walaupun dia mention kita, post sesuatu untuk kita, tak salah supaya kita bersangka baik dengan dia, kan?



Aku juga manusia. Dan aku juga pernah merasa. Aku pernah bersangka buruk dan juga disangka buruk!

Manusia selalu tersilap. Dan manusia juga tidak lepas daripada berbuat kesilapan. 

Dan setiap manusia juga pasti mempunyai keinginan untuk berubah. PASTI! 


Sepanjang aku bercuti ni, apa yang aku belajar ialah PERLUNYA UNTUK BERSANGKA BAIK WALAUPUN DISANGKA BURUK.



Mengajar erti kesabaran juga. 

Percayalah, dengan bersangka baik, hati kita akan menjadi tenang dan lapang.
Minda juga sudah tidak terikat dengan apa-apa yang kita sangka buruk tadi. 


INI SEMUA PERMAINAN SYAITAN!


Hati kita Allah yang pegang. Daripada Allah kita datang, kepada Allah juga kita kembali.
Berdoalah. 
Bacalah Al-Quran sekali dengan tafsirnya.

Hidayah Allah itu tidak pernah kering.
Pengampunan Allah itu tidak pernah berhenti.


Sentiasa terbuka dan masih terbuka selagi belum tibanya hari kiamat.

Kena kempen agaknya.

JOM BERSANGKA BAIK!

Sayangilah hati kita. Jangan biarkan hati kita penuh dengan kekotoran dan titik-titik hitam.

Semoga kita bertemu Allah kembali dalam keadaan seperti asal.
Hati yang putih bersih.
Badan yang diampunkan dosa-dosanya.
Lengkap anggota badannya.

In shaa Allah..

That's all.
Jazakumullahu khairan jaza' for reading.
Semoga ada ibrahnya.

Senyum.

12.41 a.m

Thursday, April 23, 2015

Yayasan Tunas Potensi Scholarship Interview

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Hi all!

I know I've been too late to share this. Hahaha
Last call was on 18th April 2015. Is it about last week?

But, aku dipanggil ke interview ini was on 17th April 2015.
Last Friday. 

On 15th April 2015, I got a message.


"Tahniah! Anda telah dipilih untuk menghadiri temuduga..."


Waktu tu dalam pukul 5.15 petang sedangkan, mesej tu sampai pukul 2 lebih. Haha

Time dapat tahu tu tak tahu nak rasa excited ke tak. Sebab sepanjang nak menunggu keputusan tu kemain berdebar tak sabar. Satu hari pergi ke portal Peneraju Edu. Klik kat Soalan-soalan lazim.

Tiba-tiba jumpa soalan ni.

"Adakah pembiayaan pendidikan Tunas Potensi menaja pengajian perubatan, pergigian dan perundangan?"


"Tidak."


Rasa macam hah?! Ohhhhhh tidakkkkkkkkk T.T

I do really hope that I can get this scholarship to sponsor me in pursuing medicine. 

Sebab time apply tu ya ya lah klik HEALTH SCIENCE.

I thought Health Science also known as Medicine. Kah!
But I'm totally wrong T.T

*moral of the story, please do some research before applying anything*

One of the differences is if you are pursuing your study in Medicine, after you have graduate then you are a DOCTOR.

But if you are pursuing your study in HEALTH SCIENCE, after you have graduate then you are NOT a DOCTOR. Health Science is more on nursing or midwifery and so on. Please do some research if you want to know. Muehehehehe






Lepas tu, bila tahu banyak benda kena buat lagi bertambah-tambah rasa tak nak pergi.

Kata ibu, pergi je. Sekurang-kurangnya ambil pengalaman. 

So, yeah. I'm going.

Sebenarnya, buat masa sekarang, YTP memberhentikan seketika tajaan untuk pelajar yang berminat menyambung pengajian dalam bidang Perubatan. Disebabkan, tiada tempat untuk praktikal.

Yeah, pihak YTP kata, kalau dah siap Training Hospital yang dalam proses pembinaan tu, nanti akan dibuka semula. Huarghhhhh T.T


There's a lot of documents needed to be prepared.
Nak minta pengesahan apa semua. Semua jadi kelam kabut.

Why? Because I know dapat pergi iv tu on 15th April and the iv is on 17th April.

Sijil semua tak scan. Dah lah banyak! *proud of myself sekejap*
Nak kena sahkan! Siap minta IC adik beradik sekali kauuuuu.

Lepastu, nak kena bertolak dari rumah around 6.30 a.m to 7.00 a.m.
Sebab masa pendaftaran antara pukul 8.00 a.m - 8.30 a.m.
Dan tempatnya di KL. Bersebelahan dengan KL Sentral.

And alhamdulillah, everything was going well that day. Alhamdulillah.
Plus, dapat rezeki lagi yang tak disangka-sangka daripada Allah heeee :)

Double triple checked malam tu.
Preparing other stuffs. Like stationary and a notebook.
In case lah kan.

Tidurlah dengan tenang sedikit malam tu hehe.

Pagi-pagi bangun 5.45 a.m
Mandi dan bersiap. Baju dah gosok malam tu.





Tak sarapan pun dari rumah.
Bertolak dalam pukul 6.45 a.m.

Aku pergi KL tak naik kereta. Tapi naik KLIA Ekspres.
Memang ekspresssssss hehe. 40 minit dari Nilai ke KL.
Dengan tambang pergi balik hanya RM25.

*Ada tuntutan elaun perjalanan tau. Tapi, boleh tuntut untuk student je hehe*

Nak naik KTM pun okay je. Cuma lambat sikitlah.

Berdebar juga time naik tu. Hahaha tak perlu kott cerita kenapa berdebar kehhhh!

Sampai je KL Sentral around 8.00 a.m.
Lepastu, ada tersesat jalan hahahahahaha

Well, that was my first time going to KL Sentral okay.

Dengan bantuan polis bantuang akhirnya sampai juga ke Bangunan SSM.
Alhamdulillah. Time tu rasa lega sangat sangat.


Buka je pintu lif, nampak ramai orang sedang beratur menunggu giliran. Tak tahu kenapa time tu rasa tak rajin nak beramah tamah seperti biasa. Selalunya aku rajinlah juga nak kenal kenal dulu kan. Tapi, that day tak ada perasaan tu. Maka, beraturlah saya seperti biasa tanpa bertanya apa-apa kepada orang belakang mahupun orang depan.


Masuk je dalam hall, kena duduk selang satu kerusi daripada orang sebelah. Yang datang iv haritu aroud 62 kott out of 83. Sikit tak? Differ from JPA scholarship, MARA what else. I'm so grateful.


First agenda was verification of documents. Lama memang nak tunggu. Saya orang ke-26.
Pihak Yayasan Tunas Potensi nak tengok adakah kita berbohong terutama bab pendapatan mak ayah tu. Sebab this scholar dah menetapkan. Hanya applicant yang gaji mak ayah kurang dari RM4000 sahaja layak mohon. Walaupun result kau 11A+ ke tapi bab gaji tu lebih TAK LAYAK!


Jadi, kat situ aku nampak kelebihan scholarship ni. Dia memang nak bantu golongan-golongan macam aku ni untuk sambung belajar tanpa BAYAR APA-APA SEN PUN!


Unless, kalau kau graduate with CGPA under 3.00, then you have to pay back 20% daripada apa yang kau dapat selama ini. Very easy, right? Yes, just you have to struggle and get the best score!
And you pay nothing! It's free! Free.

And there is no bonding after you have graduate. 


After the verification of documents session, ada briefing sikit.
Explanation about Yayasan Tunas Potensi. 
Then, we had a break. So, time tulah aku breakfast kah!
Sedap hahahahahaha. Lepas tu, kena masuk hall balik.


Sesi ujian untuk menguji English kita kat level mana? SEBAB andai kata kita terpilih untuk menjadi pemegang biasiswa YTP ni nanti, mereka akan berikan kelas intensif Bahasa Inggeris untuk mereka yang lemah. Because, nowadays English is an issue. Termasuk yang sedang menaip ni. Aku tak pandai English but aku suka. 


Akibatnya tak didedahkan sangat dengan bahan bacaan Bahasa Inggeris sejak kecil. So, ada anak nanti ajar dorang English okay. Basic pun okay. Tak speaking English in daily conversation pun okay. But ada lah ajar! 


So, untuk melepasi iv ni, dia tak pandang English kita hebat ke tak hebat. Tak pandang sejauh mana tahap vocab kau sehingga melayakkan diri kau untuk menjadi pemegang biasiswa YTP. Tak!
English is not becoming a part of why they choose you as a YTP scholar.


Soalan dia sangat senang. And next session was INTERVIEW SESSION + WRITING ESSAY.


Aku dah start berdebar lah. Tapi tak berdebar sangat. Perasaan tu lain berbanding debaran yang pernah dialami sehinggakan aku nak ke toilet kehkeh. For essay, we were given the title and we have to write the essay based on the title given.

Tak susah. Senang. Tapi disebabkan aku agak kekeringan idea, maka it's quiet hard for me. Ada 2 tajuk, first tu wajib. Second is for those who applied for A-Level. Second tu, aku tak suka sangat. So, aku tak buat hahahaha. Berminat memang nak sambung A-Level. Result pun layak tapi aku takde ideaaaaaaaaaa! T.T

Baru je nak start writing essay, aku kena panggil untuk interview. Mula-mula aku refused, sebab aku nak buat essay a.k.a nak lari daripada kena iv dulu. Tapi, dia bagi alasan, kita dah takde masa untuk tunggu ni. So, gerak je. Aku pun dengan rela hati, jadilah yang PERTAMA untuk di-interview.

Well, aku selalu jadi orang pertama untuk event kat luar sekolah ni. Tahun lepas masuk pertandingan, dapat giliran pertama. Hah, kau!

Disebabkan aku terlalu pelik semua orang talking in English time test tu, so aku tanyalah interviewer tu soalan mula mula sekali.



"Do I have to speak in English?"

"Yes."



Oh my! hahahaha. Aku tak prepare okay nak cakap in English kat rumah. Disebabkan masa yang teramat singkat. So, mana yang aku teringat, aku jaga grammar. Mana yang tak, aku bantai je kahkahkah! 

Disebabkan aku teringat, yang English tu bukan one of the part why they choose to become a YTP scholar. So, aku langgar je asalkan aku bercakap dengan keadaan yang sangat santai.

Iviewer tu pun santai je. Seronok lah. Macam borak dengan kawan (tapi hormat masih perlu ada, tak terlalu santai). Yes! Jadi, itu mengurangkan debaran aku juga. Soalan yang ditanya soalan yang simple. 


1. Tell me about your family background. (cerita yang penting-penting je, boleh cari contoh jawapan yang bagus kat Google kay ;))

2. Why you choose this scholarship?
3. Banyak pasal life kita. Contohnya, what are your contributions instead of at school?
4. Dan banyak lagi. (takdelah banyak sangat, 5 soalan je tapi aku tak ingat hehe)



Eventually, my interviewer asked me, tak nak apply A-Level ke? Result dah cantik ni.


My answer,


"Well, after looking at the title given, I'm not interested to write the essay. Because it's quiet hard for me hehe. I don't have any idea."



"Just because of the title then you don't want to apply? Hahaha.."




Hahahaha aku pun rasa benda yang sama. Apalah aku ni!
Tapi, mak aku pun tak kasi nak fly fly ni. Dan aku juga memikirkan bahawa, kehidupan di negara orang tu susah sikit berbanding di negara sendiri. Hanya disebabkan TARAF KERAKYATAN. Semua benda boleh jadi mahal. Dan kena adapt budaya negara tu lagi. Banyak perkara lah kena fikir!

Bak kata Aiman Azlan:

Belajar luar negara sama je dengan dalam negara, bezanya cuma pengalaman tu kau dapat kutip sendiri. Kau ada pengalaman tu je.


Tapi, semua benda kat dunia ni ada pros and cons. Ikutlah kau nak yang mana.


Okay?



Mungkin post ini akan dibaca oleh adik-adik SPM 2015 akan datang dan batch seterusnya......
Mungkin.


Ohhh, tadi atas tu, sebenarnya disebabkan aku dah selalu baca artikel in English, jadi aku tak rasa gugup sangat bila kena interview tu. 


Tu salah satu tips.


Kalau rasa tak pandai English, sepanjang cuti berbulan-bulan tu, cari bahan bacaan Bahasa Inggeris, then watch English movie or drama and read the articles or news in English!


Trust me. It works! Because it works on me! Yeahhhhh. Alhamdulillah.
Tak dapat semua, at least dapat setengah. Half quarter pun okay kan?

Jadikan cuti anda, cuti yang produktif.
Bukan tahu hang-out dengan kawan je. Heh!



So, rasanya dah habis cerita.

Oh ya, one more tips,

Please be prepared on any unexpected questions. 

Like me, I have one. I cannot tell you because I want you to prepare. Jangan bagi jawapan yang memerangkap awak. You can ask for a minute to think what would be the answer. For the unexpected questions, maybe you can do some research on the internet, do some reading, watching videos on Youtube (yeah, there are a lot actually) and so on. Jawab dengan tenang dan rasional. Jangan gelabah kerana that unexpected question tu kadang-kadang nak trigger your mind and interviewer nak tengok whether you are a critical thinker or not.

Ada keadaan kita boleh selfish tapi sometimes not. So, think wise. I wish you luck!


Any inquiries, you can contact me by sending e-mail at seraasaharudin@gmail.com.


I think it is far better for you guys to send me an email rather than dropping a comment below. Hehe.




Anyway, my experience may be differ from you. I just share it because probably this may help you to do some preparations. What kind of preparation you guys have to do. Just maybe. 



Hopefully, this post will help you. 




Lastly, pardon my grammatical errors. I know I'm very bad in English, but at least I'm trying.
Sebab orang kata, nak improve English, buat status or post in English. Tapi kalau aku buat post ni whole English, aku kena bang kang! Hahahahaha.



That's all.
Thank you for reading. X


Saturday, April 11, 2015

Kadang-kadang

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.


Kadang-kadang bila hati kita sedih kerana sesuatu,
Takkan ada seorang pun manusia yang mampu untuk memahami kita.
Melainkan Dia -Allah. 

Kadang-kadang kita mempersoalkan perancangan Allah kepada kita,
Sedangkan Dia lebih mengetahui.
Allah -Maha Mengetahui.

Kadang-kadang kita susah nak bersyukur dengan segala nikmat yang Allah beri,
Kerana kita sering memandang golongan atasan.
Kita lupa ada golongan bawahan.

Kadang-kadang sesuatu perkara itu tidak perlu diungkapkan,
Tetapi perlu ditunjukkan melalui perbuatan.
Contohnya -Cinta.

Kadang-kadang kita tersalah sangka dengan seseorang.
Sebab itulah perlunya sentiasa bersangka baik.
Husnuzzon.

Kadang-kadang disebabkan sepotong ayat,
Kita telah melukakan hati seseorang.
Walaupun ayat itu tidak ditujukan kepada sesiapa pada hakikatnya.

Kadang-kadang orang yang kau pernah sangka dia jahat selamanya,
Menjadi baik mengalahkan diri kita pada masa akan datang.

Kadang-kadang perasaan sedih itu datang secara tiba-tiba.
Bermakna, Dia -Allah sedang merindui kita.
Ya, Dia merindui kita.

*post ini di-postkan ketika hati saya sedang sedih*

Wallahi, post ini tidak bertujuan untuk memerli sesiapa. Harap maklum.

#sedihhhnyaaa T.T 

Wednesday, April 8, 2015

Note

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

"Kadang-kadang kegembiraan kita merupakan kesedihan untuk orang lain." -Me.

Ayat ini tercipta *acewahh* kerana aku berada dalam situasi tersebut.

Dan kerana itulah,



Imam Hussain A.S berpesan:

"Never show off your happiness in front of a sad person.."



Kadang-kadang kita tak tahu pun yang kawan kita sedang bersedih di saat kita bercerita. 


Sebab tulah jangan excited sangat.

Tak semua orang mempunyai kehidupan seperti kita.

Ada yang miskin. 
Ada yang kaya-pemurah. 
Ada yang kaya-sombong. 
Ada yang sentiasa bersederhana walaupun harta menimbun. 

Kadang-kadang ke-excited-an kita tu juga membawa kepada riak. 
Ya. 

Jadi, berpada-padalah ketika bercerita.
Kita sendiri boleh fikir patut ke tak aku cerita. Patut ke tak.

Kalau rasa benda tu personal, tak perlu lah. Sekadar mak ayah adik beradik je tahu.

Dan kadang-kadang juga kita tahu kehidupan kawan kita tu macam mana,
Tapi nak juga kita cerita.

Mungkin ayat kita create tu rasanya macam tak mengguris perasaan dia.
Tapi, dalam diam mana tahu. Ada ke dia nak jujur dengan kita?

"Weh, aku terasa dengan kau."

Tak weh. Ada takde dia cerita pun kat mak ayah dia juga.

Tak salah nak kongsi kegembiraan kita. Tetapi, berpada-pada.

Contohnya,

Kawan kita dapat 5A dalam SPM.
Tetapi rezeki kita Allah berikan Straight A's. 

Then, kita apply scholarship. Tapi, kawan kita tak dapat lah nak apply. Tak cukup syarat.

One day, when kau semak keputusan, rezeki kau, you manage to get the scholarship after being interviewed apa semua. Then, kau excited sangat, kau cerita happy gila kat kawan kau yang hanya dapat 5A dalam SPM tu.

Sedih weh. Walaupun, dia kata,

"Tahniah weh." and bla bla bla.

That's why,
Sebelum nak bercerita atau BERKONGSI KEGEMBIRAAN atau BERKONGSI KE-EXCITED-AN,
tengok situasi. Dengan siapa kau bercerita. 

Post ni pun SEBAGAI PERINGATAN KEPADA DIRI SAYA.

Monday, March 23, 2015

Jangan jadi pemalas.

Assalamualaikum.

Serabut sangat hidup dengan manusia yang pemalas.
Penyakit M ni memang takde ubatnya.

Kau kena cari ubat dia sendiri.

Dan aku sangat tak suka berkawan dengan manusia pemalas.
Dan aku sangat tak suka bila aku dilanda penyakit ni.

Serious!
Sebab lepas aku sakit M ni, aku lepastu dihurung perasaan yang sangat bersalah.
Kalau malas kat rumah, kesian dengan ibu. Asyik dia je buat kerja tu.
Then, aku rajin. Tu cara aku cari ubat Malas.

Kalau malas kat sekolah, aku fikir masa depan aku.
Aku bukan orang senang, yang senang-senang je minta duit daripada mak ayah aku.
Fikir 2 3 kali kott nak minta ke tak. So, I need a scholarship to pursue my study kan?

Cara nak dapat biasiswa of course lah dengan END UP YOUR EXAMINATION WITH FLYING COLOURS. *yeke BI aku ni hahahaha*

So, aku selalu fikir.

1. SCHOLARSHIP
2. PINJAMAN BOLEH UBAH eg: MARA
3. PTPTN

Aku dah tekad, aku tak nak ambil PTPTN. Aku tak nak berhutang. 
Beban ohh hidup dengan hutang.
At least, pinjaman boleh ubah tu OK LAGI because kau bayar berapa percent je and kau boleh convert biasiswa dengan senangnya and TANPA RIBA' OR INTEREST OR BUNGA OR UPAH.

Better late than never right?

Kalau fikir malas belajar, fikirlah exam nanti kau nak jawab apa.
Fikirlah siapa yang akan kau kecewakan.

Kalau kau rasa kau malas nak buat research or some typical searching, then kau sendiri yang rugi.
Esp kalau macam aku ni, SPM LEAVER. 
Well, cuti 3 bulan kott.

Jangan ah kau asyik fikir, 

I nak enjoy!
I nak tengok korean drama puas puas!
I nak tidur sepanjang masa!
I nak tu I nak ni.

Well, tu yang aku rasa time aku form 5. Rasa tak sabar gila nak habis sekolah.
And eventually, I end up my 2 months holiday by wasting my time and I'm totally aggravated until now! Yess this is true!

Kecewa menyesal sebab kenapalah aku tak cari pengetahuan am pasal apa yang aku minat ke pasal interview ke pasal how to improve my english language ke. So many things! cryinggggg

Plus, aku jamin gila-gila yang kau akan bosan gila cuti lama sangat hahahaha.
Sebab kat rumah kau takde kawan, biasanya kat sekolah kau berkawan.
Feeling lost.

So, selepas sahaja mendapat keputusan SPM ni, aku jadi kelam kabut then barulah nak tahu itu nak tahu ini. 

And one more thing,
When you are applying for the scholarship(s) or UPU or apa2 jelah yang berkaitan kan,
IF YOU ARE FILLING THE APPLICATION FORM,

PLEASE PLEASE PLEASE

BACALAH MANUAL PENGGUNA.
OR PANDUAN PERMOHONAN DAN YANG SEUMPAMA DENGANNYA.

FAHAM TAK?

Aku penat dengan orang yang asyik asyik tanya benda yang sama orang lain dah ulang.

Eg:

UPU boleh kemaskini berapa kali eh? 3 kali eh? 

Betul ke UPU ni unlimited? Kat mana kau tengok?

Kod sekolah apa eh?

Nak apply MARA ni macam mana eh?

MARA ni syarat dia apa? Ke boleh mohon je..?

And banyak lagi that kind of uneducated questions. 
Kau boleh search kott. Lainlah kalau kau tak search then kau tak jumpa.

The most annoying question is "Kod sekolah apa eh?"

Nampak sangat kau tak sayang sekolah hahahaha.
You should know your own kod sekolah ok.
YOU SHOULD KNOW.

Sebelum isi apa-apa borang, BACALAH PANDUAN PERMOHONAN.
BACALAH MANUAL PENGGUNA.

Untuk kau juga, bukan untuk aku pun.
Kan?

Yang rugi pun kau juga, aku tak terkesan apa-apa.

SO, enough!

That's why aku letak tajuk kat atas tu, JANGAN JADI PEMALAS!

JADI RAJIN OK. 

Ok, I'm done for now. Stay rajin peeps!

Thursday, March 12, 2015

Keinginan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.
Assalamualaikum semua.

Teringat kembali zaman hingusan kanak-kanak aku dahulu.
Pelbagai cerita selalu 'dedikasi'kan dalam blog ni.
*cerita yang tak berpengajaran*
Konon nak guna bahasa Inggeris habis punah English aku hahaha.
Well, mana taknya kalau guna Google Translate hahahaha.

Aku dari dulu lagi English aku tak hebat.
Well, I have no one to speak with.

Zaman sekolah rendah tu pandai buat ayat untuk UPSR je.
Nampak tak matlamat aku belajar English dulu adalah kerana PEPERIKSAAN.

Aiyaahhh!

Blog ini dulu, ditubuhkan *hahaha* pada tahun 2010.
Aku tak pasti kenapa aku buat blog ini.
Rasanya macam sebab ada sorang kawan aku ni, Najeebah binti Azizan.
Dia buat blog dulu. Lepastu, aku ikut dia hahahaha.

Rasanyalah.

Sejak dua menjak ni, aku selalu berangan.
Aku nak cerita balik kisah aku kat dalam blog ni.

Tapi,
Kisah yang bermanfaat lah *of course*

Buat apa nak bagi tahu kisah hidup saya yang takde pengajaran hahaha.

I will do, in shaa Allah.

Doakan Sarah menjadi seorang Pakar Sakit Puan eh!
Doakan saya diterima masuk sebagai pelajar Asasi Perubatan.
Amiin!

Terima kasih atas doa anda.
Bila dah jadi doktor, 
Hahaha sebenarnya dah macam-macam benda fikir dalam kepala otak ni nak buat apa.

Terlalu ter-inspired by Dr. Halina lah.
Yes, I'm a big fan of her.

Ok bai. Tu je nak bagitahu. lol
*forgive my grammar errors*

Wasalam.