Tuesday, July 26, 2016

Perfectionist: Nak jadi baik


Pernah tak satu masa tu (time iman kita tengah naik), tiba-tiba rasa nak jadi baik, rasa macam diri tu jahat sangat.

Bila kita socialize kat social media (i.e: Instagram, Twitter, Facebook, Whatsapp), kita tengok orang ni ramai kawan (just based on likers?), tengok orang ni bagus betul sebab tak up gambar dia satu pun kat social media, tengok orang tu tak pernah berbalas tweet dengan another gender, tengok orang ni banyak pergi buat amal kebajikan ke like join program lah apa lah and so on. Lepastu kita rasa macam wow, bestnya jadi dia. Mesti ramai yang suka dia kan? Yelah, ramai kawan, baik, pandai jaga maruah, jaga ikhtilat dan sebagainya.


Aku pun selalu je terasa sampai ke tahap tu dan tahap paling teruk pun ada. Aku memang bukan budak baik. Dan aku sangat tak boleh kalau tengok orang baik sebab wow, baiknya dia. Macam mana nak jadi macam dia?


Dari sudut orang yang perfectionist ni sebenarnya, jadilah dia macam mana pun, dia takkan pernah berpuas hati. Tengok orang ni, nak jadi macam orang ni. Tengok orang tu, nak jadi macam orang tu. Tengok orang sana, nak jadi macam dia. Kejap kejap tukar, kejap kejap lain. Sampai rasa macam diri ni dah takde pendirian dah.


Kadang-kadang aku rasa macam, orang lain lebih kenal aku berbanding aku. Sebab seorang perfectionist sibuk mencari kesempurnaan yang memang takkan kunjung tiba. Siapa? Aku lah tu. 


I admit. I am a perfectionist. Orang kata perfectionist is a weakness. Kenapa nak hebahkan weakness kau kat orang? Sebenarnya, orang cuma nampak kita punya perfectionist je, orang takkan pernah faham perasaan sengsaranya jadi perfectionist. Kau apa tahu?

Di saat orang lain mempunyai confidence level yang tinggi bila dia pakai tudung warna tak match dengan baju, dia juga pernah rasa cemburu dengan confidence level orang tu sebab being a perfectionist, kalau dia pakai baju dengan tudung or apa-apalah aksesori yang tak match, mood dia akan spoil untuk one day tu.

Di saat orang lain tak kisah pun dengan saiz font and jenis font bila dia kena prepare presentation, dia juga pernah rasa, "kenapa aku tak boleh jadi macam dia?". Sebab apa? sebab orang yang tak pernah kisah tu, tak perlu spend overtime khas untuk edit presentation tu berkali-kali sampai kena stay!

Di saat orang lain boleh terima seadanya pendapat orang lain ketika sedang bincang assignment, tapi di mata seorang perfectionist terlihat 101 lompong pada idea dia. Kau ingat dia tak pernah terfikir ke, "kenapalah aku tak boleh jadi macam dia, terima je seadanya?"


Benda ni nampak remeh kat mata orang tapi tidak untuk seorang perfectionist. Yes, I admit, this is just a small matter kot. Warna tudung? Font size? Who cares, asalkan kau tutup aurat. Asalkan kau siap kerja.


Aku pun mahu menjadi seperti orang-orang yang tak kisah seperti di atas.

Kenapa perlu membuang masa?

Kenapa perlu bersengkang mata semata-mata nak puaskan hati sendiri?

Kenapa perlu berdebat semata-mata nak menangkan idea kau sorang je?

Kenapa tak nak terima seadanya?

Puaskan jelah hati kau tu. Kerap kali, aku terfikir akan perkara itu. Satu fitrah yang agak sukar untuk diubah.


Kau tahu, bagaimana seorang perfectionist memujuk dirinya sendiri dengan keadaan dirinya yang perfectlah sangat tu? Dia selalu akan terfikir, biar susah sekali, jangan buat kerja dua kali.


Kadang-kadang, sebab kan nak puaskan mata seorang perfectionist ni je, dia sanggup volunteer untuk buat kerja tu seorang diri. Kalau ada presentation, dia sanggup volunteer untuk buat slide sebab dia takut dia akan kritik orang lain yang dah tolong siapkan slide tu. Dia sanggup bersengkang mata.


Tapi kau ingat perfectionist ni, terlalu dahagakan pujian ke? Tak. Kau ingat dia ni baik sangat lah sebab volunteer nak buat slide? Tak, dia cuma nak puaskan hati dia je. Hati dia. Selfish kan seorang perfectionist ni?


Kadang-kadang aku rasa macam jahatnya menjadi seorang perfectionist. Semua benda tak kena, kesian dekat orang. Aku belajar secara perlahan-lahan untuk adapt dengan semua benda tu. Belajar untuk menerima seadanya. Walaupun kadang-kadang ada je yang aku tak terima haha.


Nak dijadikan cerita, okay aku ni jenis yang boleh rapat gila-gila dengan sorang je tau bukan ada geng lah kiranya, aku tak suka. Kalau boleh (bukan kalau rasanya, memang), aku nak, aku sorang je kawan dengan dia.

Tamak kan aku? Agaklah.

So, time sekolah, aku memang rapat gila tahap belangkas ah dengan kawan baik aku ni. Lepastu pula, aku ni ramai haters ah cemtu, tapi kawan baik aku ni, sangat disenangi ramai. Memang ramailah yang suka kawan dengan dia.


Disebabkan perkara itu, aku sering terfikir, macam mana nak jadi baik macam kawan baik aku ni eh? Ramai orang suka dia camtulah. Jealous? Adalah sikit sebab aku tak baik macam dia. So, one day, aku pernah lah tanya sorang kawan aku ni (bukan kawan baik aku), "kenapa ramai yang tak suka aku eh?"


And she replied, "dorang bukan tak suka kau sebab attitude kau tapi sebab kau selalu berlainan idea atau dengan kata lain kau selalu komen idea orang tu yang menyebabkan orang tak suka kau."


Haha, aku tak tahu nak sedih ke tak time tu. Dalam hati aku cuma terlintas, ohh inikah sebabnya? So, aku perlu ubah. Dan sampai sekarang, aku CUBA belajar untuk terima idea orang seadanya dan tambah-tambah sikit kalau aku rasa tak puas hati dengan keadaan yang baik (supaya tidak ditentang). 


Aku ni pun jenis yang tak boleh simpan perasaan tu sorang-sorang. Orang lain, ada yang jenis pendam. Tapi aku lebih meluahkan.

Tapi, kadang-kadang perkara tu, tak boleh luah kat manusia sebab rasa macam manusia tak perlu tahu tapi nak luah juga. Kadang-kadang benda yang nak diluah tu bukan masalah pun just perasaan tak puas hati ke apa, so i often luah kat social media yang lagilah bertambah benci orang nak follow si sarah ni kan? Haa gitulah.


So, bila orang yang suka meluahkan ni sangatlah selesa berkawan dengan seorang yang suka mendengar. Sebab yelah, kalau tak sape nak dengar kan? Alhamdulillah, kawan baik aku tu memang seorang listener yang sangattttt baik hehe. I'm grateful.


So, bila tengok macam tu, aku cuba untuk simpan sorang-sorang atau convertkan perasaan tu menjadi satu ayat penyata yang tak menampakkan yang kau tu sedang meluahkan perasaan. Kadang-kadang dah taip dah tu nak post tapi lepastu aku fikir, alah buat apa nak post. Benda tak penting, kat 'sana' nanti Allah tanya, then delete lah balik hehe.


Susahnya menjadi perfectionist ni sebab dia selalu bergaduh dengan kata hati dia. Hati dia kata lain tapi otak dia fikir lain lepastu bergaduh dan akhirnya tak tahu nak pilih yang mana T.T sebab perfectionist ni terlalu mementingkan kesempurnaan (pada mata orang). Sebenarnya, dorang bukan pentingkan sangat pun title PERFECT tu, tapi dorang takut dorang terpilih jalan yang salah. Perfectionist, bila making decision, dia harap sangat yang dia pilih sekali dan pilihan itu adalah pilihan yang sangat tepat, tak perlu nak patah balik then barulah dapat apa yang dia nak.


Dia bukan nak jadi perfect, i swear. I am a perfectionist, I tahu lah. (ceh, sombong nak mati)


Definisi baik ni, terlalu complicated untuk describe sebab baik tu lain-lain kat mata orang. Aku nak jadi baik juga. Adakah dengan menjadi seorang yang tak perfectionist menjamin aku akan jadi baik? Nope. Aku juga tak kata yang perfectionist nilah penyebabnya. Nope. Setiap hari kita bangun dari tidur, sebenarnya Allah memberikan peluang untuk kita berubah. It is not wrong to be a perfectionist tapi jangan biarkan ia menguasai diri. Benda tu perlu diubah walaupun sukar.


Perlu istiqamah (consistent) untuk berubah. Ya, memang susah tapi Allah tak pandang hasil kan? Allah pandang usaha. Niatlah nak berubah tu untuk agama Allah bukan sebab nak populariti dan sebagainya.


Being a perfectionist ni pun complicated juga sebab takkan ada orang yang faham hahaha. Susahnya menjadi perfectionist ni, even dia perlu buat kerja yang memang bukan interest dia, dia tetap akan fikir, "aku perlu lakukan ini dengan bersungguh-sungguh." lepastu, dia akan over-thinking bagai bagai semua padahal benda tu, kalau dia tak dapat pun takpe. Susah kan? Bila dia tak puas hati dengan kerja yang dia dah buat, dia over-criticized diri dia. That time, bermulalah monolog, "kalau lah aku buat macam ni, kalau lah aku buat macam tu......." Sampai sudah tak habis. 



Dan sampai sudah aku rasa nak jadi baik sebab tak baik-baik sebab terlalu over-thinking, over-criticized semua over lah. T.T



Want to know more about Perfectionism? Click this link, http://personalexcellence.co/blog/perfectionism/


Sedikit sebanyak, kau akan tahu apa itu perfectionist atau mungkin entah-entah kau pun perfectionist juga? Hehe



Sekian, aku pun nak jadi baik. Guide me, please.


XOXO

Thursday, July 21, 2016

I am sorry



Dear friend(s) (silalah terasa),


I am sorry for being too rude.
I am sorry for being too emotional.
I am sorry for being too annoyed.
I am sorry for being a useless friend.
I am sorry for not being there when you are in trouble.


I am sorry for not being a good friend for you. 
I am very very sorry.
Sobs.

It is okay if you want to hate me, but please, do forgive me.
It is okay if don't want to talk with me for another 100 years, but please, do forgive me. 


Orang tengah cuti ni memang mood kureng stabil so dia banyak emo.
Sebab apa?
Sebab dia rindukan kawan-kawan dia. So, dia banyak emo then being rude then menyesal.
Sebab dia terasa jauh dan mahukan perhatian sebab tu dia jadi macam tu. T.T



Maafkan saya? 

T.T

Sunday, July 17, 2016

Never assume before asking


Y'know what?

Dengan social media ni, sekecil-kecil perkara boleh menjadi sebesar-besar fitnah sampai tersebar ke seluruh dunia.

Sometimes, orang tu maksudkan lain dan orang yang pandai-pandai assume ni pula sesuka hati mak nenek dia je nak buat assumption ikut hati.

And jangan sebab bila ada orang tu post kat Facebook ke tweet kat Twitter ke post gambar beserta caption yang sentap kat Instagram ke then kita terasa yang amat sangat tu bermakna post tu untuk kita. Atau mungkin bila dia mention secara general then kita assume "ohh, ni mesti dia tengah tuju kat sini fulan ni."

(Melainkan dia ada cerita before dia post ke kan)


Kita tahu ke life dia 100%? Kita boleh baca mind dia secara telepati ke sampai kita boleh agak kepada siapa dia tujukan status/post tu? Of course not kan, so do I. 


Even orang yang tinggal sebumbung dengan dia pun tak boleh tahu lagi kan kita yang beribu km dari dia kan? So, stop assume. Never assume before asking okay? Or else you are spreading the fitnah to the whole world (world kau jelah 😂)

(Tapi manalah tahu kan dia tu nak bagi nasihat je sekali tu kau pula yang terasa lebih-lebih tu kau punya pasal lah hahahaha)


Pssstt, segala status/ post/ tweet kat social media kepunyaan saya adalah general. Kalau pernah nak tuju kat orang pun, aku type kat blog and yes I do mention him/her. Yang selebihnya kalau cerita aku tu tetiba terrrsama dengan kau kan, tu kebetulan okay? Bukan ngumpat kau ;) segala cerita yang disiarkan adalah sebagai life lesson. 



Kosong-kosong

Maaf zahir dan batin.

This post is general.


XOXO


Thanks for reading, peeps! 

Wednesday, June 15, 2016

Rahsia muka berseri


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh y'all!


Salam Ramadhan ke-10.

Tak sangka kan, begitu cepat masa berlalu tup tup dah Ramadhan ke-10.

Nanti tahu-tahu dah nak masuk malam lailatul-Qadr and raya :'(


According to tajuk kat atas tu, macam hot sangat kan?
Seriously, I'm not pakar kecantikan or what so ever. 


Rahsia muka berseri ni rahsia terbesar yang kebanyakan wanita tak tahu.
Atau mungkin dah tahu tapi tak apply *including me, sad life*



So, yesterday's late night and short conversation with my lovely mom :*




Me: (Tengah scroll scroll instagram and terlalu adore dengan kecantikan Dr. XX)

Me: Cantiknyalah Dr. XX ni

Ibu: Mana? Nak tengok.

Me: (Gave her my phone).

Ibu: Dr. XX ni tak cantik tau. Betul, dia tak cantik pun sebenarnya tapi sebab dia ada karisma dan dia ikhlas sebab tu muka berseri.

Me: Yeke? Tapi kakak tengok cantik je.

Ibu: Betul, dia tak cantik pun sebenarnya. Sebab tulah suami dia sanggup tunggu dia bertahun-tahun. Lelaki ni kak, kalau dia suka sorang perempuan ni dan dia sanggup tunggu lama-lama maknanya ada sesuatu lah kat perempuan tu yang dia nampak. Jangan pelik kalau lelaki tu suka perempuan walhal pada kita dia tak cantik mana pun. Ada lah tu something kat perempuan tu.

Me: Hmmm, yelah kan. Dr. XX ni pun tak sombong. *aku macam dah deep sikit*


(Notes: Dr.XX tu ofcourse lah perempuan nama pun XX but nama need to be dirahsiakan.)



And finally I came out with a conclusion.


Perasan tak, selama ni kita dah jumpa banyak orang.

Tak boleh deny, memang ada yang cantik.
Ada yang tak berapa cantik.
Ada yang biasa-biasa.


Tapi, pernah tak kita, kita nampak orang tu cantik, muka flawless putih gebu tinggi lampai, cantik lah. Pada mata kita, "dia ni mesti ramai peminat." Tapi, bila kita tengok muka dia, kita rasa macam something macam lama-lama kita tak suka tengok dia (terjahat sikit). Macam, bila lama-lama tu, kita rasa "alah, dia ni biasa je. si fulanah tu lagi cantik."


Dan pernah tak, kita tengok seseorang tu, dia tak cantik pun macam kita tengok orang kat "atas" tu, muka dia takdelah putih sangat, kuning langsat, ada lah jerawat satu dua, biasa-biasa je. Tapi, lama-lama tengok dia, kita rasa dia ni cantiknyaaaa. Suka tengok muka dia. Macam sejukkk mata memandang.


Pepatah omputih kata, 

"Don't judge a book by its cover."


Tapi, aku rasa macam pepatah tu boleh guna kat beberapa situation je (hahaha).

Sebenarnya, siapa diri kita memberi refleksi kat muka kita. Betul, tak tipu.
Pernah tak dengar perkataan first impression?


Selalu kan. Selalunya, first impression orang kat kita, ada tak lebih 50% betul?
*jawab jangan tak jawab*


From my experience, biasanya apa yang orang first impression kan tentang aku, memang 50% benerrrr hehe. Selalu, aku dapat first impression, tegas. Part tu, memang tak boleh deny lah.

Aku sangat tegas dalam buat keputusan. A is A. B is B. Not A can go to C or D. ;)
(macam garang gila kan? haha)

So, in a nutshell, nak cantik?
Have courage and be sincere.



Sifat tu kena pupuk dalam diri secara natural bukan buat-buat (hipokrit). Kalau buat-buat, sebenarnya nampak sangat yang kita tak ikhlas nanti huhu. Bila natural, aura kita pun mampu tersebar dan menjangkiti orang di sekeliling hahaha (gelak jahat).






Nah, saje bagi gambar yang tak berkaitan dengan post ni hehe. Gambar ni terjumpa selepas conv semalam dengan ibu hahaha. Sedih je, baca statement ni. I against this motion jiddan bak kata Aisyah XD well, me too kahkahkah


Dahlah ngarut je semua.

Thanks for reading, peeps! XOXO

Monday, June 13, 2016

FOUR months holiday


FOUR months holiday, kalau dibazirkan sangat sia-sia.


Allah gives me a very longgggg timeeeee to rest before facing a hectic life as a medical student 
(if Allah wills)


So, what do I do to make sure my FOUR months holiday spent well?


I do business. Online business. Kind of malas untuk keluar bekerja pagi-pagi balik malam-malam ke apa ke so why not if I just do some online business kan? Save energy and save time. Dapat duit juga cumanya kalau buat dapatlah, kalau malas pun tak dapat juga XD

*follow lah h2im.shoppe kat instagram hehe promote sikit*



Next, I cannot deny that my hobby is reading actually. I love to read books but not all books. Only certain books and it depends on my mood because I just love to spend my time with the books only before I go to bed. Sometimes, I read on my bed. I don't really like to read book like when I'm waiting for KTM ke waiting for another class ke atau any masa lapang yang ada lah.


Not really sebab aku rasa macam kalau baca sebelum tidur tu tenang sebab rasa penat baca je tidur.
Tapi kalau baca time siang-siang yang ada masa lapang ke rasa distracting sangat ahaha. 
Well, that's my style.


So, I bought 3 books sebagai mengisi masa lapang yang ada di samping menambah ilmu di dada acewah. Ketiga-tiga buku yang aku beli ni semua berkaitan dengan medic hehe.

*well, actually I already read three books before buying these three books, okay*






 
 DIAgnosis written by Dr. Anwar Fazal, Dr. Aizzat and Dr. Azah.


Buku DIAgnosis ni, first series tau. Aku dah lama dah perasan kewujudan buku ni sejak awal-awal dia publish lagi. Rasa memang nak beliiiii sangat. Tapi, ada je benda menghalang. Last-last sebab tak sabar sangat nak baca penulisan doktor-doktor yang hebat ni, aku terus pinjam buku kawan aku, DIAgnosis2. YA ALLAH, dia punya best tahap ummphh! Very inspiring. I, personally, highly recommend this book series. Rugi tak baca! Ingat doktor tak mampu menulis? Penulisan mereka sangat hebat! Semalam, cari buku DIAgnosis Apokalips kat MPH Aeon Seremban 2, malangnya, buku tu dah sold out. Belum sampai stock. Sedih sangat tak terkata. Nak beli buku tu sebenarnya. Takpelah, adalah hikmahnya kan ;) walaupun buku ini dah publish agak lama lah juga tapi aku tetap tekad nak beli. HEHEHE





Diagnosis3: Mortuari written by Dr. Jack Naim, Dr. Fahd Razy and Dr. Noor Hayati Yasmin.


Buku ni tajuk je lebih kurang sama tapi para doktor ni tak collaborate pun dengan yang DIAgnosis series atas tadi tu. Tapi, aku pernah baca buku Prognosis written by Dr. Jack Naim. Best! Pengalaman sebagai student medic masa clinical year. So, aku dapatlah gambaran how's life at that time. Mungkin memang tak sama 100% tapi adalah serba sedikit tahu kan? Best buku tu. Pun highly recommend juga kalau korang punya passion nak buat medic. BEST!





Aku student medik written by Amalina Nudin


So, buku ni fresh dari kilang! Kak Amalina Nudin ni, student 5th year tahun ni kat FPSK, USIM. And this is her first book. Selama ni, aku hanya mampu baca penulisan beliau through Facebook and Telegram je. Seriously, first time jumpa post dia, very inspiring. Terus cepat-cepat hantar request kat Facebook sebab takut nanti dha limit friend kan. Then, download Telegram cepat-cepat follow channel akak ni. Kalau tengah bosan-bosan ke bacalah. Ada masa terluang ke, bacalah. Best sangat! Time this doctor-to-be promote kat Facebook yang dia nak publish buku, aku tak pernah terfikir yang aku akan jadi yang terawal membeli buku beliau. Serious. Tapi, perancangan Allah itu sangat hebat kan. Dia pilih aku menjadi yang terawal + dapat diskaun + dapat signature lagi daripada penulis buku yang hebat ni hehe. May Allah allow me to know her further and be her junior in FPSK this year. Amiin ya rabb.





Semua buku ni, aku belum baca lagi hehe. Will spend my time with these books nanti yeay! At least, cuti I tak bosan dan bermanfaat juga lah. 

Jangan bazirkan masa melampau sangat tau. Bila kita tak jaga hak yang Allah berikan, maka sedikit demi sedikit Allah akan menarik hak yang diberikan. 

Contoh, Allah selalu bagi masa lapang untuk kita tapi kita selalu bazirkan masa lapang yang kita ada.
One day, Allah decide untuk tarik nikmat tu dengan menyibukkan diri kita dengan benda-benda lain contoh mungkin Allah decide untuk letak kita ambil course yang busy all time. Haa.... 


Sebenarnya, Allah dah tarik hak masa lapang kita sebab kita tak gunakan masa lapang kita dengan baik. Dan dalam masa yang sama, Allah sedang meletakkan kita di tempat yang bermanfaat. Jadi, see the hikmah and take the 'ibrah. Kalau kita sibuk, takde masa lapang, tu bukan salah Dia tapi mostly salah kita sebab kita selalu membazir masa sebab tu Allah sibukkan diri kita dengan perkara lain. 


Got it?


This one also nasihat untuk aku sebab aku pun selalu juga membazir masa sobs, so, jika Allah izinkan aku untuk pursue study in medic sebenarnya Allah pun dah tarik hak masa lapang yang aku dah bazirkan selama ni. :'(


Takpe, see the hikmah and take the 'ibrah kan?


Takpe, aku lebih rela 'sibuk di dunia' kerana aku takut akan jawapanku di hadapan Allah bila mana Dia bertanya, "Apa yang kau dah lakukan sepanjang masa lapang kau?". Allahu :'(


So, korang cuti buat apa? Share lah sini :)

_thanks for reading XOXO_

Tuesday, June 7, 2016

2nd Ramadhan


Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...


Kitorang adik-beradik selalu beli baju raya 3 pasang.
*adik-beradik aku semua perempuan*
Nampak macam banyak gila kan? 3pasang tu baju kurung je sebab sejak dah besar ni, ayah kata tak payah nak beli baju tshirt/blouse dengan seluar. Mana ada orang pergi raya pakai baju tshirt. 

Hahahaha


Tu yang ayah aku cakap. It started when I was in form 1. 
So, nak tak nak, kitorang kena terima. So, setiap tahun, baju kurung yang berlambak.


Tapi lain pula ceritanya tahun ni. 
Tengah-tengah syok memilih baju trend terkini, baru 2 pasang, harga dah mahal gila hahaha. 
*no need to mention how much*

Tapi yang penting, pada kitorang mahal lah. Untuk korang, tak kot. 
2 pasang baju untuk 5 orang perempuan dalam family, mahal lah jadinya. 
So, semua 10 pasang kan. 


Lepastu, aku cakap dengan ibu aku,



"Kita beli 2 pasang jelah. Dah mahal gila ni."




Sebab selalunya harga 2 pasang baju tahun ni tu bersamaan dengan 3 pasang baju tahun-tahun sebelum ni.

Mungkin sebab kain tahun ni lebih sedap berbanding tahun lepas kot tu yang mahal.
*memang pilih kain mahal pun -.-*


Jadi, dengan keadaan terpaksa redha, aku menerima jelah hakikat bahawa baju raya tahun ni 2 pasang je sobs.


Tup tup nak dijadikan cerita hari ini.


Allah datangkan rezeki yang tak disangka-sangka.


Ibu pernah jaga budak dulu. Transit. Mak budak ni cikgu.
Hari ni dia datang, dia belikan kitorang baju raya dengan ayah aku punya sekali.
Seronok? Alhamdulillah, tak terkata.


Akhirnya, baju raya kitorang jadilah 3 pasang kembali seperti tahun-tahun sebelumnya.

Tapi, bila fikir-fikir balik,
Ramai lagi orang kat luar sana yang takde baju baru time hari raya kan?
Dorang dapat sepasang je pun dah rasa syukur sangat-sangat.


Hinanya aku :'(





Pengajaran:

  • Percayalah, setiap apa yang terjadi itu, pasti ada hikmaknya. Macam cerita ni, mula-mula sedih sebab baju raya dapat 2 pasang je. Rupa-rupanya Allah nak lagi sepasang, free pula tu.
  • Bersyukur dengan apa yang ada. Ada orang tu dah berapa tahun tak merasa baju baru.
  • Rezeki itu ada di mana-mana. 
  • Yakin dengan Allah.






Alhamdulillah, syukur selalu. #2Ramadhan

#syukurselalu