Monday, October 5, 2015

Terjebak ke dalam dunia ber-blogging

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Hi all!!


Lama dah tak post kat blog ni. Nak post, hold hold. Lepastu, kekeringan idea. Lepastu, tak tahu nak post apa hahahaha that's my biggest problem ever.


Macam mana nak jadi macam Fatin Liyana ni hahahaha. Seronok tengok orang boleh ada idea mencurah-curah untuk post dalam blog. Aku?


Kadang-kadang aku pernah disoal oleh beberapa orang kawan aku. 


"Best ke blog ni?"

"Hurmmm.. Best! Dia macam diary online. Tapi tak terlalu diary. Still kena tapis lah kan."

"Apa yang best?"

"Kalau kau nak tahu apa yang best, buatlah blog. Baru tahu. Kalau aku cakap tak feel nanti hehe."



Aku start berblogging since I was in form 1 *if im not mistaken*.
End of year 2010. Buat time tu saje saje. Entah kenapa tiba-tiba datang mood nak buat blog. Padahal waktu tu, tak tahu pun blog tu apa. Nak post apa. Tak cari kawan pun apa semua. Bila masuk form 2, aku jumpa kawan aku yang pertama yang ada blog juga. Iaitu, Najeebah hahahaha.
Start daripada situ, aku tahu yang blog ni ada template. Boleh design sendiri. Lepastu, aku jadi excited. Tapi time tu, habis semua benda aku nak cerita kat blog ni tanpa ditapis sebabbbb takde sape nak baca pun. Kahkahkah.


Sikap aku, aku suka explore sendiri. Sebab kalau aku explore sendiri, perkara tu boleh tambah pengalaman dalam hidup kita. Even benda tu kecikkk je. So, aku pun travel lah cari blog tutorial macam mana nak buat tu macam mana nak buat ni. Best! Nak cantikkan blog. Aku tak suka guna template yang dah sedia ada. Rumit! Aku lebih suka design sendiri. So, aku puas hati. Sebab kalau guna template, salah sikit je habis ah blog aku T.T


Kalau pandai main coding, kau boleh ubah sendiri. Size font ke nak header terbalik berpusing ke apa benda lagi lah.

Time form 3, makin bersemangat aku nak berblog sebab waktu tu dapat tahu ramai blogger yang terkenal. Aku tak berapa ingatlah sape sebab aku dah lupa hahaha. Zaman dah lama. Tu time zaman aku muda muda dulu. Tapi time tu blog tengah hot lah. Semua orang nak ada blog dan semua orang perasan yang dia akan terkenal melalui penulisan dia. Kau ingat senang?


Tapi memang ramai pun yang terkenal sebab penulisan mereka yang stylo gaya urban. Penggunaan bahasa yang tidak terlalu formal dan cara penyampaian yang berkesan. Thumbs up sikek! Aku suka baca. hehehehe takyah ah mention sape. Sebab aku dah lupa semua.


So, dulu cita-cita kunun nak jadi blogger terkenal *puihhh*. Tapi biasalah, manusia ada masa dia rajin sampai dua posts sehari. Ada masa malas tahap cimpanzi. Post dua kali setahun hahahaha.


Tapi, kenapa aku cerita benda-benda ni dalam post aku kali ni ek?


Ohh sebab aku cuma nak menzahirkan perasaan betapa best nya berblogging. 
Nanti dah kahwin boleh tunjuk kat anak.

"Look here kids. Mommy has a blog since mommy was in form 1.."  :P

Lawak ke der. Sebenarnya memang rasa nak post kat blog ni setiap hari. Tapi kadang-kadang terfkir, hurmmm nak post. Adakah post ni bermanfaat? Adakah cerita ini menarik untuk diceritakan? Dan pelbagai lagi soalan dilemparkan kepada diriku sendiri. 


Hahahaha apa yang aku merepek tengah-tengah malam buta ni -.-

Okay people. Good night! 
Thanks for reading. XOXO

2 comments: